Now Reading
“Lantai Tu Kotor” – Tindakan Lelaki Ini Tidur Atas Lantai Dalam Flight Buat Ramai Tertanya

“Lantai Tu Kotor” – Tindakan Lelaki Ini Tidur Atas Lantai Dalam Flight Buat Ramai Tertanya

Lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk tidur atas lantai ketika berada dalam penerbangan dari New York ke Korea Selatan.

ayah tidur atas lantai kapal terbang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kapal terbang menjadi salah satu pilihan pengangkutan oleh orang ramai apabila mereka mahu bercuti ke luar negara.

Kebiasaannya, tempoh penerbangan akan mengambil masa berjam-jam untuk tiba di destinasi bergantung kepada lokasi percutian anda.

Bayangkan kalau anda menaiki penerbangan yang mengambil masa sehingga 17 jam, memang kebas sungguh badan kerana duduk terlalu lama.


Ayah Tidur Berbaring Atas Lantai Dalam Penerbangan Kelas Ekonomi

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@bynataliebright), wanita ini berkongsi pengalaman apabila menaiki kapal terbang kelas ekonomi bersama ayahnya dari New York, Amerika Syarikat ke Korea Selatan.

Apa yang menariknya tentang penerbangan mereka adalah apabila ayahnya dilihat sanggup berbaring di atas lantai antara tempat duduk oleh kerana perjalanan mereka mengambil masa yang sangat lama iaitu sehingga 15 jam.

Walaupun ruang berkenaan agak sempit, tetapi ayahnya dilihat tetap mencuba sedaya upaya dengan membengkokkan lutut dan meletakkan tangan di bahagian dada.

Sekali tengok memang selesa betul dia tidur, siap boleh letak tangan di belakang kepala seperti sedang berbaring di tepi pantai.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 8.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Tindakan Ayah Tidur Atas Lantai Dalam Kapal Terbang Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen dan ada juga yang mempersoalkan sama ada kru kabin tidak berkata apa-apa setelah melihat telatah penumpang itu.

Sesetengah netizen pula berpendapat tindakan lelaki berkenaan yang selamba berbaring di atas lantai kapal terbang adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana tidak menjamin kebersihan lantai.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan mereka juga akan melakukan perkara sama daripada terpaksa duduk dalam keadaan tidak selesa selama berjam-jam di dalam kapal terbang.


Tips Untuk Tidur Dalam Kapal Terbang

Apabila kita berada dalam penerbangan yang lama, confirm anda nak tidur juga kan? Tapi mungkin tidaklah selesa seperti di dalam rumah.

Jadi jom kami kongsikan beberapa posisi tidur yang boleh dilakukan ketika di dalam kapal terbang. Antaranya:

  • Bersandar pada tingkap.
  • Meletakkan kepala pada meja lipat yang dikhaskan untuk meletakkan makanan serta minuman.
  • Meletakkan kepala di bahu penumpang sebelah (hanya kalau anda mengenali antara satu sama lain).
  • Merehatkan kepala menggunakan bantal sokongan leher.
  • Berpeluk tubuh dalam keadan badan menegak.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua mendapatkan tidur yang selesa ketika menaiki penerbangan yang jauh.

Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

Artikel Berkaitan: [Video] Hanya Untuk ‘Review’ Makanan, Pemuda Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Dalam Satu Hari

Artikel Berkaitan: Asap Putih Tiba-tiba Muncul Dalam Kapal Terbang? Ini Sebab Kenapa Ia Boleh Berlaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd