Now Reading
Asap Putih Tiba-tiba Muncul Dalam Kapal Terbang? Ini Sebab Kenapa Ia Boleh Berlaku

Asap Putih Tiba-tiba Muncul Dalam Kapal Terbang? Ini Sebab Kenapa Ia Boleh Berlaku

Wap berwarna putih itu tidak membahayakan kesihatan kerana ia hanya berlaku disebabkan oleh fenomena semula jadi berkaitan perbezaan suhu luar dan dalam kapal terbang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular sebuah video di dalam kapal terbang yang dirakam oleh salah seorang penumpang menunjukkan suasana asap putih yang tiba-tiba menyelubungi kenderaan tersebut ketika mereka mendarat.

Selepas beberapa minit, wap putih yang memasuki kapal terbang itu dilihat semakin menebal sehingga menghalang penglihatan dan lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila warga emas dan kanak-kanak mula terbatuk.

Difahamkan ketika kejadian, cuaca di lokasi mendarat sedang hujan lebat. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi lebih terkawal dan selamat selepas ditenangkan oleh kru serta juruterbang.


Juruterbang Beri Penjelasan Tentang Situasi Sebenar Yang Berlaku Sehingga Menyebabkan Munculnya Wap Putih

Mesti ramai yang tertanya-tanya, dari mana munculnya asap berwarna putih itu yang memasuki ruangan kapal terbang?

Sumber: TikTok @ernibougas

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@abangcaptain), lelaki tersebut yang berkerja sebagai juruterbang menjelaskan situasi yang berlaku mempunyai kaitan dengan proses kondensasi.

Proses kondesasi itu berlaku apabila penghawa dingin di dalam kapal terbang yang kebiasaannya dipasang dalam purata 18 sehingga 21 darjah Celcius mempunyai perbezaan suhu dengan luar kawasan mendarat.

Senang kata, perbezaan tersebutlah yang menyebabkan terhasilnya wap putih yang memasuki ruangan kapal terbang.

Apabila udara panas di kawasan luar kapal terbang bercampur dengan udara sejuk di dalam kapal terbang, sebab itulah boleh terhasil asap putih. Bukannya juruterbang lepaskan gas oksigen ke, humidifier ke. Ini adalah fenomena yang normal.

TikToker @abangcaptain.

Jadi, anda tidak perlu risau kerana wap berwarna putih itu tidak membahayakan kesihatan dan berlaku disebabkan oleh fenomena semula jadi berkaitan perbezaan suhu luar dan dalam kapal terbang.


Ramai Rupanya Yang Baru Tahu Tentang Fenomena Ini

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen baru mengetahui tentang fenomena terhasilnya asap putih di dalam kapal terbang selepas mendarat.

Penjelasan daripada juruterbang itu juga telah melegakan hati sesetengah netizen yang agak takut untuk menaiki kapal terbang.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan beberapa contoh lain melibatkan fenomena kondensasi seperti keluarnya asap putih selepas ais dikeluarkan dari peti sejuk.

Kalau anda perasan, tingkap kereta juga akan berkabus apabila pintu dibuka sewaktu penghawa dingin dipasang pada suhu agak sejuk.

Sumber: TikTok BangKept | TikTok Erni Bougas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd