Now Reading
[Video] Hanya Untuk ‘Review’ Makanan, Pemuda Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Dalam Satu Hari

[Video] Hanya Untuk ‘Review’ Makanan, Pemuda Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Dalam Satu Hari

Antara menu yang dicuba oleh pemuda ini di dalam dua syarikat penerbangan berbeza adalah sate ayam, nasi lemak dan nasi ayam.

[Video] Hanya Kerana Mahu Cuba Makanan Dalam Kapal Terbang, Pemuda Ini Sanggup Naik 6 Flight Sehari (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bila sebut nak naik kapal terbang, mesti orang akan tanya ke mana destinasi percutian anda. Maklumlah, perkhidmatan penerbangan menjadi salah pilihan orang ramai untuk ke melancong sama ada di dalam atau luar negara.

Di Malaysia, pelbagai jenis syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan ini seperti AirAsia, Malaysia Airlines, MY Airline, Firefly dan sebagainya.

Tapi, pernah tak anda dengar seseorang menaiki kapal terbang semata-mata untuk merasai ‘in-flight meal’ yang ditawarkan di dalam penerbangan?


Lelaki Ini Sanggup Naik 6 Kapal Terbang Berbeza Dari Pagi Hingga Malam Untuk Buat ‘Review’ Makanan Dalam Penerbangan

Menerusi satu video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@maellambongasis), lelaki ini berkongsi pengalamannya menaiki enam penerbangan domestik berbeza dalam satu hari bagi mencuba hidangan tempahan pra-bayar di dalam kapal terbang.

Boleh dikatakan dari sarapan sehingga ke ‘supper’ dalam hari tersebut, semuanya dalam kapal terbang.

Pemuda dikenali sebagai Mael itu memilih untuk menaiki dua penerbangan AirAsia serta empat lagi penerbangan dari syarikat MY Airline.

  • Penerbangan pertama pada jam 11:10am menaiki pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.
    • Menu yang dicuba untuk sarapan pagi: Sesame Chicken Wrap
  • Penerbangan kedua pada jam 12:44pm menaiki pesawat AirAsia dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.
    • Menu yang dicuba untuk brunch: Sate Ayam
Sumber: TikTok @maellambongasis
  • Penerbangan ketiga pada jam 3:21pm menaiki pesawat MY Airline dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.
    • Menu yang dicuba untuk makan tengah hari: Nasi Ayam BBQ
  • Penerbangan keempat pada jam 4:51pm menaiki pesawat MY Airline dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.
    • Menu yang dicuba untuk minum petang: Nasi Biryani
Sumber: TikTok @maellambongasis
  • Penerbangan kelima pada jam 6:46pm menaiki pesawat MY Airline dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak.
    • Menu yang dicuba untuk makan malam: Nasi Lemak
  • Penerbangan kelima pada jam 8:45pm menaiki pesawat MY Airline dari Miri, Sarawak ke Kuala Lumpur.
    • Menu yang dicuba untuk supper: Maggi Kari
Sumber: TikTok @maellambongasis

Kalau anda nak tahu ‘review’ jujur tentang pelbagai menu yang dicuba dari syarikat penerbangan AirAsia dan MY Airline, boleh tonton video di bawah.


Netizen Terkejut Lihat Pemuda Ini Buat Kerja Tidak Masuk Akal

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terkejut melihat aksi pemuda tersebut menempah enam penerbangan berbeza dalam masa satu hari hanya untuk merasai sendiri menu di dalam kapal terbang.

Mana tidaknya, kebiasannya orang akan menaiki dua atau tiga penerbangan sahaja dalam sehari. Tetapi lelaki ini memang cukup ‘rare’ sehingga menaiki enam penerbangan berlainan.

Malah, ada yang membuat gurauan kononnya lelaki itu menaiki kapal terbang dari satu negeri ke negeri yang lain ibarat menaiki perkhidmatan Grab dan bas persiaran.

Terfikir juga, agak-agaknya berapa kos tempahan enam penerbangan ini ya?

Mungkin ada di antara anda di luar sana teringin untuk merasai makanan yang ditawarkan di dalam kapal terbang tetapi tidak mempunyai bajet bagi membeli tempahan tiket penerbangan.

Makanan ‘atas langit’ juga boleh dinikmati di rumah anda dengan membelinya di Restoran Santan oleh AirAsia.

Walaupun makan di rumah atau di restoran mereka, automatik rasa macam ada dalam kapal terbang.

BACA JUGA: We Tried Santan’s Nasi Lemak Ice Cream So You Don’t Have To

BACA JUGA: Santan Muncul Dengan Menu Baharu Ramadan. Siap Ada Nasi Lemak Goreng!

BACA JUGA: Santan Muncul Dengan ‘Nasi Lemak On-The-Go’, RM4.90 Je!


Betul Ke Makanan Dalam Kapal Terbang Berbeza Rasanya Berbanding Di Restoran Walaupun Menu Sama?

Untuk pengetahuan anda, deria bau dan rasa kita akan berubah apabila berada di dalam kapal terbang.

Menurut pakar, paras oksigen darah kita diturunkan ketika berada di dalam kabin bertekanan tinggi dan menyebabkan keupayaan reseptor juga semakin rendah.

Ditambah pula dengan udara kering yang mengelilingi ruang kabin, ia secara tidak langsung telah menjejaskan reseptor dalam hidung.

Sumber: Business Insider

Pasukan memasak untuk hidangan ‘in-flight meal’ ini telah mengatur menu yang tidak mudah terjejas akibat perubahan ketinggian serta tekanan.

Pakar makanan mendedahkan lebih banyak penambah rasa seperti garam dan gula yang diletakkan untuk menjadikan rasa makanan lebih enak di dalam kapal terbang.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd