Now Reading
Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

Dr Muhammad Salah juga terkejut apabila pramugari Malaysia Airlines membantunya untuk mencari arah kiblat sebelum melakukan ibadah solat di ruangan khas yang disediakan.

Pendakwah Antarabangsa Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Walau di mana anda berada sekali pun, ibadah solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam.

Islam merupakan agama yang memudahkan umatnya. Sekiranya tempat anda tidak mempunyai air untuk berwuduk, boleh bertayamum.

Kalau anda mempunyai kesukaran untuk solat secara berdiri, Islam juga membenarkan umatnya untuk melakukan ibadah tersebut dengan cara duduk atau baring.


Inisiatif Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines Menyediakan Ruang Khas Untuk Bersolat Dipuji Pendakwah Antarabangsa

Baru-baru ini, seorang pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Dr Muhammad Salah telah memuji syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook miliknya (Dr Muhammad Salah).

Pujian itu diberikan kepada MAS kerana telah menyediakan ruangan solat untuk penumpang yang berada di dalam penerbangan.

Dr Muhammad Salah. (Sumber: Muslim Council of Hong Kong)

Menerusi hantaran tersebut, pendakwah itu menceritakan dia meminta izin kepada salah seorang pramugari untuk bersolat di ruangan penyimpanan makanan.

Namun dia agak terkejut apabila pramugari berkenaan memberitahu bahawa mereka mempunyai ruangan khas yang membolehkan seorang penumpang dalam satu masa untuk melakukan ibadah solat.

Bukan itu sahaja, pramugari tersebut juga membantunya untuk mencari arah kiblat dengan betul sebelum bersolat.

Ruangan solat turut ditutup untuk menjaga privasi. Mereka juga membantu saya untuk mencari arah kiblat di dalam kapal terbang tersebut. Dengan bantuan mereka, saya dapat melakukan solat dengan tenang.

Pendakwah Amerika Syarikat, Dr Muhammad Salah.

Di akhir hantaran tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan juga syarikat penerbangan MAS kerana memudahkan urusannya untuk melakukan solat di dalam penerbangan.


Ramai Netizen Memuji Malaysia Airlines Kerana Menyediakan Ruangan Khas Untuk Umat Islam Bersolat

Selain Dr Muhammad Salah, netizen di ruangan komen turut memuji Malaysia Airlines yang menyediakan ruangan khas kepada umat Islam untuk melakukan solat dengan tenang.

Malah, ada juga menyambut kedatangan pendakwah tersebut ke Malaysia dengan penuh gembira.

Sementara itu, segelintir netizen lain turut berkongsi pengalaman mereka dapat melakukan solat di ruangan khas yang disediakan ketika menaiki penerbangan bersama Malaysia Airlines.


Cara Untuk Solat Di Dalam Kapal Terbang

Sekiranya kapal terbang yang anda naiki itu tidak mempunyai ruangan untuk bersolat, anda masih boleh melakukan ibadah tersebut di tempat duduk dengan cara berikut:

  1. Menghalakan tubuh badan ke arah kiblat.
  2. Melaksanakan rukun solat sekadar yang termampu.
  3. Segala rukun qauli solat menerusi perkataan hendaklah disebut dengan jelas.
  4. Syarat-syarat sah solat perlulah dilakukan dengan sebaik mungkin.
Pendakwah Antarabangsa Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang
Sumber: Sinar Islam Plus

Bagaimana pula jika terdapat kesukaran untuk menghadap ke arah kiblat? Islam membolehkan umatnya untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat.

Memetik sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan apabila seseorang berada dalam keadaan berhadas kerana tiada air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum.

Solat ini juga dibolehkan sekiranya sukar untuk menghadap kiblat. Namun, solat hormat waktu ini perlu digantikan semula apabila sudah tiba di destinasi.

BACA JUGA: [Video] Aksi Pekerja Kapal Solat Terawih Atas Laut Bergelora Curi Perhatian Ramai

BACA JUGA: [Video] Solat Tarawih Perdana Diadakan Di Times Square, New York Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Lebih 13 Juta Tontonan, Klip Video Tular Anak Payungkan Ibu Ketika Solat Undang Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd