Now Reading
Langit Berubah Hijau Di Sungai Besar, Ini 2 Teori Bagaimana Ia Berlaku

Langit Berubah Hijau Di Sungai Besar, Ini 2 Teori Bagaimana Ia Berlaku

Langit di Sungai Besar, Selangor yang berubah sementara menjadi hijau cerah semalam membuatkan para penduduk berasa terkejut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dinafikan pelbagai fenomena pelik dan menarik pernah terjadi di muka bumi ini.

Seperti di kawasan Antartika, satu fenomena cahaya terang iaitu aurora sering diperkatakan oleh orang ramai kerana pemandanganya yang cukup cantik.

Walaupun begitu, situasi seperti itu kelihatan jarang berlaku di Malaysia.


Langit Di Sungai Besar, Selangor Bertukar Warna Hijau Cerah

Namun semalam (24 Oktober), penduduk Sungai Besar, Selangor, dikejutkan dengan pemandangan yang aneh apabila langit pada waktu malam bertukar menjadi warna hijau cerah.

Pemandangan langit itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook (Man Toya) menerusi ‘group’ I LOVE SUNGAI BESAR sekitar jam 8.30 malam.

Menurut penduduk setempat, kejadian itu berlaku buat sementara waktu sahaja.

Seorang warganet berkata ia kelihatan seperti langit yang sedang bergerak. Ada juga yang berpendapat bahawa kelihatan seperti fenomena aurora.

Sumber: Facebook Lima Belas Minit

Netizen Kongsi Teori Mengapa Langit Bertukar Hijau

Musykil tentang apa yang berlaku, segelintir netizen berkata ia merupakan lampu hijau yang digunakan oleh bot nelayan di sekitar laut berhampiran untuk menangkap sotong.

Namun, seorang individu berasa teori tersebut adalah mustahil kerana dia juga telah melihat langit berwarna hijau di jalan raya dan bukannya sekitar laut.

Dia dalam masa sama mendakwa bahawa langit di kawasan laut yang bertempat sekitar belakang rumahnya tidak bertukar warna hijau.

Kemungkinan kedua yang boleh dijelaskan melalui sains adalah apabila ribut serta awan petir menghasilkan ais atau hujan batu sehingga menyebabkan pantulan cahaya di langit.

Oleh sebab itu, kemunculan awan di langit boleh dilihat dalam warna yang berbeza.

Memandangkan hujan lebat berlaku sejak beberapa hari lalu, teori kedua yang dijelaskan juga kedengaran masuk akal.

Tanpa membuang masa, seorang pengguna Facebook telah memberikan pandangannya terhadap peristiwa yang jarang berlaku itu.

Seorang netizen berkata bahawa watak Green Lantern daripada Komik DC telah tiba di Malaysia.

Tidak terhenti di situ sahaja, seorang lagi individu telah berjenaka dengan mengatakan makhluk asing akhirnya bosan untuk melawat negara Barat dan memutuskan untuk datang ke Malaysia.

Selepas ini, rakyat Malaysia tidak perlulah bersusah payah pergi ke Iceland untuk menyaksikan aurora jika fenomena langit hijau tersebut kerap berlaku.

Sumber: Laman X (Twitter)
Sumber: Laman X (Twitter)
Sumber: Laman X (Twitter)

Baca Artikel Berkaitan: Video Fenomena ‘Pelangi Api’ Buat Ramai Netizen Terpesona, Raih Lebih 130 Juta Tontonan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Perjelas Kenapa Langit Meriah Dengan Percikan Bunga Api Pada Ahad Malam

Baca Artikel Berkaitan: Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd