Now Reading
Video Fenomena ‘Pelangi Api’ Buat Ramai Netizen Terpesona, Raih Lebih 130 Juta Tontonan

Video Fenomena ‘Pelangi Api’ Buat Ramai Netizen Terpesona, Raih Lebih 130 Juta Tontonan

Fenomena awan berwarna-warni dipanggil sebagai ‘Pelangi Api’ atau nama saintifiknya ‘Iridescent clouds’ berlaku kerana pembiasan cahaya.

fenomena pelangi api

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Fenomena alam semula jadi yang berlaku di Bumi pastinya akan membuatkan orang ramai terpegun dan kagum melihatnya.

Terdahulu, banyak fenomena yang pernah berlaku seperti ‘Supermoon’, waktu tengah hari tanpa bayang, gerhana bulan penuh dan kelibat planet Marikh yang boleh dilihat dari langit.

Sebagai umat Islam, fenomena sedemikian menunjukkan kebesaran Allah SWT dalam setiap ciptaanNya.

BACA JUGA: Planet Marikh Boleh Dilihat Dari Langit Esok, 8 Disember Ketika Fenomena Istiqbal

BACA JUGA: Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Akan Kembali Petang Ini

BACA JUGA: Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai


Fenomena ‘Pelangi Api’ Perlihat Keadaan Awan Berwarna-warni

Baru-baru ini, muncul satu lagi fenomena alam semula jadi dikenali sebagai ‘Pelangi Api’ yang menunjukkan keadaan awan berwarna-warni di atas langit.

Keindahan alam semula jadi yang dipercayai berlaku di negara China itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman TikTok (@juleko_o).

Kalau anda lihat di dalam video tersebut, awan pada langit kelihatan seperti tumpahan cat dengan campuran warna pastel seperti biru, merah jambu dan kuning.

Apabila video dizum (zoom) dengan lebih dekat, keadaan awan itu dilihat lebih jelas dan cukup mengagumkan!

Meskipun video tersebut hanya berdurasi tujuh saat, tetapi ia berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga meraih 133.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Netizen Baru Pertama Kali Lihat Fenomena ‘Pelangi Api’

Di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum melihat fenomena semula jadi ‘Pelangi Api’ itu yang sungguh cantik. Penulis sendiri pun baru pertama kali melihat kewujudan fenomena tersebut.

Malah, ada juga netizen yang seakan-akan tidak percaya melihat keindahan alam yang ditonton di dalam video berkenaan.

Siap ada yang tanya sama ada fenomena itu benar-benar berlaku atau hanya sekadar suntingan.


Bagaimana Fenomena ‘Pelangi Api’ Boleh Berlaku?

Memetik sumber dari National Geographic, fenomena awan berwarna-warni ini atau nama saintifiknya disebut sebagai ‘Iridescent clouds’ sering berlaku apabila cahaya matahari membelah lapisan air di atmosfera.

Proses pembelahan lapisan air menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya dan menjadikan warna-warna terpisah kepada satu gelombang warna yang berbeza.

Keadaan tersebut akan menghasilkan pemandangan berwarna-warni seperti yang dilihat di dalam video.

Sumber: NASA Science

Pakar fenomena atmosfera Les Cowley menjelaskan fenomena ‘Pelangi Api’ itu akan muncul pada lewat petang ketika hari sangat panas dan lembap.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan awan berwarna-warni itu terbentuk di atas awan kumulus dan biasanya akan mengiringi awan ribut petir.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd