Now Reading
Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Akan Kembali Petang Ini

Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Akan Kembali Petang Ini

Malaysia telah mula mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada hari Rabu lalu (23 Mac 2022) di bandar-bandar Serian, Sri Aman dan Betong di Sarawak serta Kukup di Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa bandar termasuklah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada petang ini.

Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami fenomena ini pada jam 1.19 petang. Manakala di Shah Alam pula kira-kira jam 1.20 petang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan bahawa fenomena ini susulan daripada peristiwa Ekuinoks yang berlaku 21 Mac lepas apabila matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Kenapa Dipanggil Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang?

Sumber: detik.com

Memetik laporan Buletin TV3, fenomena ini dipanggil ‘Tengah Hari Tanpa Bayang’ kerana pada waktu tengah hari, matahari akan berada tepat di atas kepala setiap orang di atas sepanjang garisan khatulistiwa.

Bayang kepala dan badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah-olah tiada bayang yang jatuh ke bumi.

Namun begitu, kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara daripada garisan khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada 21 Mac 2022 yang lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Untuk pengetahuan umum, Malaysia telah mula mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada hari Rabu lalu (23 Mac 2022) di bandar-bandar Serian, Sri Aman dan Betong di Sarawak serta Kukup di Johor.

Ini diikuti dengan bandar-bandar lain pada tarikh-tarikh berikutnya sehingga ke bandar terakhir iaitu Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April 2022.

Oleh demikian, orang ramai yang ingin melihat fenomena ini disarankan untuk keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan sendiri, bayang-bayang sendiri atau objek lain di sekitar kawasan.

P.S: Kalau ada gambar, share dengan kami.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd