Now Reading
Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai

Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai

Fenomena ‘Supermoon’ yang dijangka berlaku esok dikatakan kerana bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi iaitu berjarak 357,263 kilometer.

Fenomena 'Supermoon' Bakal Berlaku Esok Di Malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bersedia semua rakyat Malaysia kerana baru-baru ini Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan Malaysia bakal mengalami fenomena ‘Supermoon’ yang dijangka berlaku pada esok (13 Julai) pada jam 5.09 petang waktu tempatan.

Pengumuman ini dibuat menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook MYSA (Agensi Angkasa Malaysia – MYSA) pada Jumaat lalu (8 Julai).

Ketika berlakunya fenomena ini, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi iaitu pada jarak 357,263 kilometer dan keadaan ini disebut ‘perigee’ atau lebih dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.

Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi pula, ianya disebut sebagai ‘apogee’ atau “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.

Semasa “Supermoon”, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar serta 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

Agensi Angkasa Malayia (MYSA).
Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Terdahulu, Malaysia dilaporkan pernah mengalami fenomena gerhana bulan paling lama di antara tahun 2001 dan 2100 pada 19 November 2021.

Ketika fenomena tersebut yang mengambil masa tiga jam 28 saat itu, bumi telah menghalang 97% permukaan bulan daripada terkena cahaya matahari dan menyebabkan sebahagian bulan kelihatan seperti kemerah-merahan.

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Bulan Paling Lama Dijangka Berlaku Pada 19 November Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd