Now Reading
Fenomena Gerhana Bulan Paling Lama Dijangka Berlaku Pada 19 November Ini

Fenomena Gerhana Bulan Paling Lama Dijangka Berlaku Pada 19 November Ini

Fenomena gerhana bulan penumbra dijangka berlaku sekitar jam 6.58 petang sehingga 8.03 malam waktu tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan anda, fenomena gerhana bulan penumbra dijangka bakal berlaku pada 19 November dan boleh dilihat dengan mata kasar di beberapa kawasan seluruh dunia.

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh Planetarium Negara di laman Twitter rasmi mereka, pihaknya memaklumkan fenomena tersebut dijangka berlaku sekitar 6.58 petang sehingga 8.03 malam waktu tempatan.

Namun, fenomena gerhana bulan penumbra itu tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar di Malaysia.

Kredit: Twitter Planetarium Negara

Untuk anda yang mahu melihat fenomena tersebut secara langsung, jangan lupa untuk menonton siaran langsung di media sosial Planetarium Negara bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang.

Kredit: Twitter Planetarium Negara

Gerhana bulan paling lama pada abad ini

Memetik laporan Business Insider, NASA menyifatkan gerhana bulan penumbra yang bakal berlaku sebagai gerhana bulan paling lama di antara tahun 2001 dan 2100.

Gerhana bulan yang dijangka berlaku pada 19 November ini mengambil masa tiga jam, 28 minit dan 23 saat.

Ketika itu, bumi akan menghalang 97% permukaan bulan daripada terkena cahaya matahari dan menyebabkan sebahagian bulan kelihatan seperti kemerah-merahan.

Kredit: Kompas.com

Waktu berlakunya gerhana ini, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat sunat gerhana sebanyak dua rakaat.

Anda juga boleh rujuk di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan panduan mengenai solat sunat ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd