Now Reading
Planet Marikh Boleh Dilihat Dari Langit Esok, 8 Disember Ketika Fenomena Istiqbal

Planet Marikh Boleh Dilihat Dari Langit Esok, 8 Disember Ketika Fenomena Istiqbal

Fenomena Istiqbal ini akan membolehkan orang ramai melihat cahaya titik terang berwarna merah yang terpancar dari planet Marikh di atas langit.

Planet Marikh Boleh Dilihat Dari Langit Esok Susulan Fenomena Istiqbal


Jangan lupa follow channel 
Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 8 November lalu, rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku sekitar jam 4:02 petang sehingga 9:56 malam.

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berlaku Di Malaysia Esok, 8 November

Kini, rakyat Malaysia berpeluang sekali lagi melihat satu fenomena alam semula jadi yang digelar sebagai Oposisi atau Istiqbal.

Planet Marikh ‘Terang’ Susulan Fenomena Istiqbal

Fenomena Istiqbal yang dijangka berlaku esok (8 Disember) ini akan membolehkan orang ramai melihat cahaya titik terang kemerahan di atas langit yang terpancar dari planet Marikh.

Sumber: Facebook/Angkasa Malaysia-MYSA

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di laman Facebook mereka (Agensi Angkasa Malaysia – MYSA) baru-baru ini

Ketika berlakunya fenomena ini, permukaan planet Marikh yang menghadap Bumi akan disinari matahari sepenuhnya dan menjadi lebih terang berbanding pada kedudukan biasa.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

MYSA dalam satu kenyataan menjelaskan Marikh akan mengalami fenomena Istiqbal ini pada setiap tempoh 26 bulan.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 13 Oktober 2020 yang lalu dan dijangka Oposisi seterusnya selepas fenomena esok dijangka pada 15 Januari 2025 pula.

Planet Marikh ini akan nampak seperti titik terang kemerahan dan tidak berkelip sehinggalah ia menghala ke arah barat pada pertengahan Ogos tahun hadapan.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Sekiranya keadaan cuaca yang mengizinkan, anda boleh melihat titik terang itu dengan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur.

Tetapi pihak MYSA menggalakan penggunaan teleskop jika anda ingin melihat keadaan planet Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih dengan lebih jelas.


Fenomena Istiqbal

Istiqbal atau Oposisi merupakan keadaan di mana sesebuah planet menghadap Bumi dalam satu garis lurus dan pada masa sama mereka berada bertentangan dengan Matahari.

Dari sudut astronomi, Istiqbal ini adalah suatu kedudukan yang berhadapan atau bertentangan ketika berada di sisi berlawanan dalam sfera cakerawala.

Detik Istiqbal ditakrifkan apabila garis lintang cakerawala geosentrik menunjukkan perbezaan ketara sebanyak 180° darjah dari garis bujur geosentrik Matahari.

Dalam bidang astronomi, Istiqbal diberikan simbol ☍ (U+260D).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd