Wanita Ini Perjelas Kenapa Langit Meriah Dengan Percikan Bunga Api Pada Ahad Malam
Percikan bunga api dilakukan sempena meraikan Pai Ti Kong yang berlaku pada hari kesembilan Tahun Baru Cina.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, setiap kali adanya perayaan pastinya ia akan dimeriahkan dengan percikan mercun bunga api yang berwarna-warni di langit.
Antara tempoh yang anda akan kerap kali terdengar bunyi percikan bunga api adalah ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Setiap kali ternampak bunga api di langit, ia membuatkan ramai terpegun melihat kecantikannya.
Tetapi tepat pada jam 12:00 tengah malam tadi (30 Januari), hampir seluruh langit sekitar Malaysia dipenuhi dengan percikan bunga api pelbagai jenis dan corak. Ada juga yang besar dan boleh didengari pada jarak yang jauh..
Sambil terpukau tengok bunga api, ramai juga yang tertanya-tanya. Ada apa ya pada 30 Januari?

Sambutan Pai Ti Kong Oleh Masyarakat Hokkien
Disebabkan ramai yang tertanya-tanya apabila melihat banyak percikan mercun bunga api tengah malam tadi, seorang pengguna TikTok (@realmummyliz) tampil memberikan penjelasan bagi menyelesaikan kekeliruan masyarakat Malaysia.
Menurutnya, hari kelapan pada Tahun Baru Cina iaitu tepat jam 12:00 tengah malam adalah waktu yang tepat untuk anda melihat percikan bunga api.
Ini kerana hari kesembilan pada Tahun Baru Cina atau juga disebut sebagai Chor Kau (9) merupakan hari yang bermakna untuk masyarakat Cina terutamanya bagi suku kaum Hokkien.
Kenapa hari kesembilan daripada 15 hari sepanjang Tahun Baru Cina sangat istimewa untuk mereka? Mengikut kepercayaan masyarakat Hokkien, hari tersebut merupakan tarikh di mana mereka akan menyambut Pai Ti Gong.
Pai Ti Gong merupakan ritual sembahyang tuhan yang terbesar di langit sebagai tanda kesyukuran kepada Jade Emperor (God of Heaven).
Ketika Dinasti Ming terdahulu, penduduk Hokkien di perkampungan Fujian telah diserang musuh dan mereka bersembunyi dalam ladang tebu untuk melindungi sambil berdoa kepada Jade Emperor.
Namun pada hari kesembilan mereka bersembunyi, musuh yang menyerang telah berputus asa dan meninggalkan perkampungan mereka.
Perkara itu membuatkan mereka percaya bahawa Jade Emperor telah menyelamatkan mereka dalam tempoh tersebut.

Percikan Bunga Api Tengah Malam Terima Pelbagai Reaksi Orang Ramai
Tidak dinafikan, percikan bunga api pada tengah malam tadi memang sangat meriah ya, seolah-olah mereka saling menunggu giliran untuk membakar mercun itu.
Namun percikan bunga api itu mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa masyarakat Malaysia.
Netizen turut mendakwa percikan bunga api yang terlalu banyak telah mengakibatkan ruang udara agak tercemar dan berlakunya jerebu.
the air is so bad today. hazy.
— Paul Tan 🚦 199 (@paultantk) January 29, 2023
some traditions are just plain wrong and need to be discontinued. like this fireworks bullshit.
tak malu ke? satu negara kena layan secondhand smoke kau tu?
Bukan itu sahaja, anak-anak kecil juga dikatakan kerap kali terjaga kerana terdengar bunyi tersebut yang terlalu kuat sehingga mengganggu mereka.
Malah, mereka juga mengadu bahawa mereka sukar untuk tidur dan menjadi punca terlewat bangun pada pagi tadi.
Thx for speaking my mind.. Fireworks should be banned. Not only air pollution but noise pollution too. Animals also get very scared hearing fireworks… Meanwhile babies terjaga sbb terkejut dgr bunyi bising.
— #HaramkanPenjualanHaiwanEksotik (@madamefey_) January 30, 2023
Nak bakar mercun, bakar je lah. Tapi boleh tak 12am cmtu stop? Ni sampai 2/3 pagi masih bakar mercun tu kenapa? Takde common sense ke? Ingat la orang sekeliling. Lain la ko duk dalam hutan sorang2.
— Naj (@najibhaidin) January 30, 2023
Thanks to those fireworks, I am late for work & my kids didn't wake up for school. Why TF people playing fireworks at 2am?
— I Fahmi (@ifahmiDLYD) January 30, 2023
Ada juga yang sempat merakam keadaan di mana bunyi percikan bunga api itu sangat kuat sehingga boleh didengari dari jarak yang jauh.
and this at around 12am, on monday morning? i think its far from sunway area but its so LOUD. pic.twitter.com/GYkwvpHeD7
— anoe (@anoeosman) January 30, 2023
Dalam pada itu, ada juga yang tidak mengendahkan perkara tersebut kerana menganggap perayaan berkenaan hanya berlaku setahun sekali.
Once a year.. all my neighbours are Chinese. I am happy for them.
— Rakesh S Maran (@rakeshsmaran) January 30, 2023
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.