Now Reading
“Wah! Pintu Buka Sendiri” – Lelaki Pelawa Murid Sekolah Naik Alphard Dipuji Netizen

“Wah! Pintu Buka Sendiri” – Lelaki Pelawa Murid Sekolah Naik Alphard Dipuji Netizen

Seorang pemilik kenderaan jenis MPV telah mempelawa beberapa orang murid sekolah yang teruja menaiki kereta canggih miliknya di mana pintu terbuka secara automatik.

murid sekolah naik alphard

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memiliki kereta besar dan mewah adalah impian segelintir masyarakat di luar sana. Bukan sahaja ianya besar, malah kenderaan tersebut boleh beri keselesaan kepada penumpang lebih-lebih lagi mereka yang terdiri daripada jumlah ahli keluarga ramai.

Namun, tidak semua di antara kita mempunyai peluang untuk mendapatkan kereta sedemikian kerana harganya yang mahal.

Kepada mereka yang sedang mengumpul duit bagi mendapatkan kereta idaman anda, jangan berputus asa okay? Bak kata pepatah Melayu, rezeki tidak pernah salah alamat.


Murid Sekolah Kagum Lihat Pintu Kereta Alphard Buka Secara Automatik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook (Abu Hurairah Roslan), apabila lelaki ini menceritakan kisahnya yang membuatkan orang ramai terharu.

Menurut lelaki tersebut, dia yang sedang menunggu kepulangan si anak daripada sekolah telah singgah ke sebuah gerai terletak di tepi jalan untuk membeli air minuman.

Apabila Abu Hurairah ingin mengambil air tersebut , pintu belakang keretanya iaitu Toyota Alphard telah terbuka secara automatik sehingga membuatkan beberapa orang murid di sana berasa kagum.

“Wah! Pintu dia buka sendiri,” ujar anak-anak kecil berkenaan.

Menurut salah satu perbualan oleh seorang murid tersebut, bapanya telah berkata bahawa kereta jenis Alphard memang terbaik.

“Ini afat (Alphard). Ayah aku cakap kereta ni best,” ujar seorang murid.

Sumber: Facebook (Abu Hurairah Roslan)

Lelaki Pelawa Murid Yang Teruja Lihat Kereta Alphard

Terhibur dengan telatah pelajar yang teruja dengan kecanggihan kereta, si bapa tersebut telah mempelawa mereka untuk menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya.

Sambil menurunkan tingkap kereta dan senyum, lelaki ini berkata “Nak naik tak? Naiklah sekejap.”

Selepas mendapat kebenaran lelaki itu, murid-murid berkenaan kemudian menaiki kereta dengan perasaan gembira sambil memegang fasaliti yang terdapat dalam MPV.

“Ada yang pegang kerusi dan sentuh panel skrin menyala. Ada yang diam sahaja tengok,” kata Abu Hurairah.

Terlalu kagum dengan kenderaan canggih, salah seorang daripada murid-murid itu sempat berkata dia mahu menyuruh ayahnya untuk membeli kereta yang sama.

“Insya-Allah. Nanti kamulah yang beli. Belajar rajin-rajin, Allah bagi nanti,” ujar si pemilik Alphard.

Setelah hampir lima minit di dalam kereta, anak-anak kecil itu kemudian keluar dari kereta sambil mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut.

“Tak sampai lima minit tapi cukup untuk menghiburkan. Masing-masing menjerit dekat luar keseronokan,” tambahnya.


Orang Ramai Puji Lelaki Yang Telah Beri Peluang Kepada Para Murid Naik MPV

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai warganet dilihat berasa terharu dengan kebaikan si bapa untuk mempelawa murid-murid yang tidak dikenali masuk dalam kenderaaan miliknya.

“Terbaik sahabat, ini salah satu cara untuk menghiburkan kanak-kanak,” kata pengguna Facebook bernama Huzairul.

Ada juga di antara mereka yang sempat berjenaka dengan Abu Hurairah supaya diberi peluang sama untuk menaiki kereta itu.

Bukan itu sahaja, terdapat individu yang berkata tindakan tersebut boleh memberikan semangat kepada golongan muda untuk sentiasa berusaha dan terus maju bagi mencapai impian masing-masing.

Mesti murid-murid itu rasa seronok. Yelah, bukan semua di antara mereka yang berkesempatan menaiki kereta besar. Alhamdulillah rezeki murid-murid sekolah itu!

Sumber: Facebook (Abu Hurairah Roslan)

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Kagum Dengan Abang Lori Sampah. Siap Ajak Bergambar!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej

Baca Artikel Berkaitan: Kereta MPV Dibakar Penduduk Kampung Gara-gara Didakwa Guna Untuk Curi Lembu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd