Now Reading
Kanak-kanak Kagum Dengan Abang Lori Sampah. Siap Ajak Bergambar!

Kanak-kanak Kagum Dengan Abang Lori Sampah. Siap Ajak Bergambar!

Kanak-kanak lelaki itu gembira dapat bergambar dengan pekerja pembersihan kerana sebelum ini hanya dapat memerhati dari jauh sahaja.

bergambar dengan pekerja kutip sampah (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap anak itu diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka dengan didikan masing-masing. Dengan tunjuk ajar yang baik, pastinya mereka akan membesar menjadi seorang yang mempunyai tingkah laku positif dan disenangi ramai.

Sesuai dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud untuk mengajar seseorang sejak mereka pada usia muda lagi.

Terdahulu, seorang anak kecil menghulurkan beberapa kotak air minuman Milo kepada pekerja yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumah sebagai tanda terima kasih.

BACA JUGA: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

Anak kagum dengan pekerja pembersihan

Bila nampak lori sampah datang, kebanyakan orang akan menjauhinya kerana mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan. Tetapi lain pula reaksi yang diberikan oleh kanak-kanak ini.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (eyjarahim), wanita ini berkongsi kisah apabila anak lelakinya mengagumi pekerja pembersihan.

Setiap kali ternampak kelibat mereka di kawasan sekitar, anaknya akan teruja dan mengajak untuk berjumpa mereka tetapi agak malu serta risau jika tidak dilayan.

@eyjarahim

Reply to @syakinah434 Amin aminn yrb. MashaAllah. Sebak saya baca komen sis. Semoga doa sis diperkenankan dan yang baik baik juga buat sis. ❤️

♬ original sound – Eyja – Eyja

Pada mulanya hanya memerhati dari jauh sahaja. Kemudian pada suatu hari, akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan pekerja pembersihan itu. Siap bergambar lagi ya!

Dalam kesempatan itu, kanak-kanak lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada pekerja berkenaan kerana melaksanakan tugas dengan baik sehingga dia sendiri bercita-cita untuk bekerja dalam bidang pembersihan apabila sudah dewasa.

@eyjarahim

Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨

♬ original sound – Rachel Grae

Netizen puji hasil didikan ibu bapa

Di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum dengan hasil didikan ibu bapa kepada kanak-kanak untuk menghargai pekerja pembersihan yang banyak berjasa dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Ada juga yang berasa sebak melihat budi pekerti kanak-kanak lelaki berkenaan serta mendoakan agar mereka menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.


Semoga ibu bapa lain di luar sana dapat mengambil contoh ini untuk mengajar anak-anak mereka pula.

Bila anak-anak diajar sejak kecil, sudah pasti mereka akan membesar menjadi individu yang menghormati semua golongan tanpa mengira pangkat.

BACA JUGA: Gaji Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Cecah RM10,000 Sebulan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd