Now Reading
[Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej

[Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej

Motosikal yang dijual adalah hadiah hari jadi yang diberi oleh arwah isterinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Lima tahun lepas, Wan Razali Wan Mohd menjual motosikal kesayangan untuk memastikan anak perempuannya dapat melanjutkan pelajaran.

Honda EX5 itu dijual kepada ejen kenderaan terpakai dengan harga RM1,000 dan wang itu digunakan untuk membayar yuran pengajian anak perempuannya.

Lelaki itu pada awalnya sukar nak berpisah dengan motosikal itu kerana ia merupakan hadiah hari lahir daripada arwah isteri 20 tahun lepas.

Arwah isterinya tahu yang dia lebih gemar menunggang motosikal berbanding memandu kereta.

Oleh disebabkan itu, hadiah tersebut memberikan nilai sentimental buat dirinya yang kadang kala teringat akan saat bahagia ketika dahulu.

Selepas isterinya meninggal dunia akibat demam, dia tidak bekerja tetapi masih perlu kuat mencari rezeki bagi menanggung keluarganya.

Semua pengorbanannya adalah bagi memastikan anak-anak dijaga dengan baik akhirnya membuahkan hasil.

Bapa kepada dua orang anak ini yang tinggal di Kampung Pulau Serai, Terengganu mendapat kejutan apabila anak perempuannya iaitu Wan Nuraisyah menghadiahkan motosikal baharu sempena ulang tahunnya yang ke-58.

Perkongsian video Tiktok oleh @wanaisyahs009 menunjukkan Wan Razali tidak dapat menahan air mata ketika melihat motosikal merah itu.

Kredit: Tiktok @wanaisyahs009

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat mengesat air mata kegembiraan sebelum cuba menunggang motosikal itu.

Ayah saya sudah banyak berkorban, termasuklah dengan menjual motosikal pemberian arwah ibu saya untuk memastikan saya dapat sambung belajar. Sekarang saya dah ada kerja dan pendapatan yang stabil.

Anak perempuan, Wan Nuraisyah.

Saya rasa sedih kerana sebelum ini arwah isteri saya yang bagi motosikal dan sekarang anak perempuan saya buat perkara yang sama. Saya tak mengharapkan apa-apa balasan (daripada anak perempuan) kerana memang tugas saya untuk menyediakannya.

Wan Razali menerusi Harian Metro.
https://www.tiktok.com/@wanaisyahs009/video/7007657520697298203?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2F&referer_video_id=7007657520697298203&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd