Now Reading
“Pengorbanan Si Ibu” – Wanita Sarat Hamil Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Undang Perhatian Ramai

“Pengorbanan Si Ibu” – Wanita Sarat Hamil Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Undang Perhatian Ramai

Seorang wanita yang sedang sarat hamil kelihatan gigih menjual nasi lemak bungkus berharga RM1 di sekitar stesen LRT Puchong Prima, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Khabar berita dikurniakan cahaya mata atau zuriat sememangnya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pasangan berkahwin di luar sana.

Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin merosot pada masa kini, kebanyakan harga barangan di pasar raya semua sudah meningkat. Nak beli keperluan si bayi pun mahal!

Disebabkan situasi sebegini, ramai dilihat terpaksa bekerja keras untuk memastikan pendapatan mencukupi bagi menampung kos membesarkan anak-anak.


Ibu Sarat Hamil Jual Nasi Lemak RM1 Tepi Jalan

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok (@byzilaa), menyaksikan seorang wanita yang sarat hamil sedang menjual nasi lemak bungkus dengan harga RM1 sahaja di tepi jalan.

Lokasi perniagaan nasi lemak tersebut dipercayai di sekitar stesen LRT Puchong Prima, Selangor dan dibuka pada jam 7 pagi.

Dalam kapsyen disertakan dalam video, wanita berkenaan berkata dia hanya mampu menyediakan 200 bungkusan sahaja kerana berasa keletihan akibat berat bayi yang semakin bertambah.

Tambah individu yang memakai baju berwarna merah jambu itu, dia juga terpaksa menahan kesakitan kontraksi ‘Braxton Hicks’ (kontraksi palsu) ketika sedang sibuk berniaga.

“Tengah niaga pun ada kontraksi ‘tipu’, jenuh kejap-kejap kena duduk,” ujarnya.


Sedekah Lebihan Nasi Lemak Kepada Budak Tahfiz

Lebih mengharukan apabila ibu sarat yang gigih berniaga ini akan mendermakan lebihan nasi lemak bungkus yang tidak terjual kepada anak-anak tahfiz.

“Rezeki tak pernah salah alamat, walaupun tak semua terjual saya bagi kepada adik-adik tahfiz,” katanya.

Masya-Allah pemurah sungguh wanita tersebut tidak berkira untuk bersedekah.

Sumber: TikTok (@byzilaa)

Netizen Kagum Lihat Semangat Wanita Hamil Yang Gigih Cari Rezeki

Menjengah ke ruangan komen perkongsian berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat wanita hamil yang kuat untuk mencari rezeki walaupun dalam keadaan sebegitu.

Ada pengguna TikTok yang siap mendoakan wanita tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki.

“Saya pernah beli, sedap kakak. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ya,” kata individu bernama Megat.

Selain itu, warganet juga turut berasa sebak melihat pengorbanan si ibu berusaha menjana rezeki halal untuk membesarkan anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Kenapa saya nangis ni, pengorbanan seorang ibu…,” ujar seorang wanita.

Rezeki wanita hamil itu tidak terhenti di situ sahaja apabila ruangan komen dipenuhi dengan segelintir individu yang mahu memberi sokongan terhadap perniagaan dijalankan.

Ramai kelihatan sudah memesan nasi lemak bungkus murah yang diusahakan oleh wanita tersebut.

Sumber: TikTok (@byzilaa)

Baca Artikel Berkaitan: “Tengah Pregnant Sensitif Lain Sikit” – Ayda Jebat Tak Selesa Orang Tiba-tiba Pegang Perut

Baca Artikel Berkaitan: Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Yang Marah Pekerjanya Dahulukan Ibu Hamil

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sebak Disahkan Hamil 3 Bulan Selepas Suami ‘Pergi’ Pada Disember 2021


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd