Now Reading
Tengku Iman Abdullah Umum Hamil Anak Ke-2

Tengku Iman Abdullah Umum Hamil Anak Ke-2

Difahamkan, anak sulung Tengku Iman itu iaitu Zayn bakal mencapai usia 3 tahun menjelang 23 Julai 2022 nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Big brother to be, Insya-Allah,” tulis Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah menerusi Instagram.

Pengumuman rasmi tersebut telah dibuat olehnya sendiri sekitar satu jam lalu apabila Tengku Iman memuat naik gambar anak sulungnya yang memegang gambar keputusan ultrasound kehamilannya itu.

Alhamdulillah.

Difahamkan, anak sulungnya itu iaitu Zayn bakal mencapai usia 3 tahun menjelang 23 Julai 2022 nanti.

Pengumuman tersebut diikuti oleh hantaran yang dimuat naik oleh suami Tengku Iman sendiri iaitu Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad menerusi Instagram.

Untuk pengetahuan umum, pasangan diraja ini telah mendirikan rumahtangga pada 4 Ogos 2018 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Setelah itu, mereka melangsungkan majlis resepi di sebuah hotel mewah pada 5 November 2018.


Kami mendoakan semoga Tengku Iman sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.

Amin YRA.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd