Now Reading
Wanita Sebak Disahkan Hamil 3 Bulan Selepas Suami ‘Pergi’ Pada Disember 2021

Wanita Sebak Disahkan Hamil 3 Bulan Selepas Suami ‘Pergi’ Pada Disember 2021

Siapa sangka ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pastinya mempunyai impian untuk membesarkan keluarga dengan kehadiran cahaya mata. Anak-anak ini dianggap sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Bila isteri tunjuk ujian kehamilan yang positif, tak boleh nak digambarkan betapa gembiranya para suami. Sampai ada yang mengalirkan air mata kerana terlampau terharu.

Proses kehamilan adalah suatu perjalanan yang agak mencabar tapi sangat bermakna kepada para ibu di luar sana.

BACA JUGA: Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik

Sumber: Healio

Rezeki bakal timang anak lagi

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Ashura Izwani telah berkongsi berita gembira di laman Twitter (Haziq) apabila dia disahkan hamil tiga bulan.

Namun berita gembira ini telah menyentuh hati ramai pihak apabila wanita itu memberitahu suaminya sudah meninggal dunia pada bulan Disember tahun lalu.

Ketika dalam tempoh eddah, Ashura sering membuat ujian kehamilan untuk memastikan rahimnya kosong.

Ujian yang dilakukan pada bulan Januari menunjukkan keputusan negatif. Tetapi semalam (23 Februari) Ashura berasa agak kurang sihat dan terus pergi ke klinik.

Doktor yang bertugas juga menyuruhnya untuk membuat ujian kehamilan di klinik tersebut. Tanpa disangka-sangka, alat ujian itu menunjukkan keputusan POSITIF!

Sumber: Mingguan Wanita

Doktor telah mengesahkan bahawa usia kehamilan Ashura kini sudah memasuki tiga bulan. Alhamdulillah!

Ashura beranggapan arwah suaminya pasti gembira menerima khabar gembira tentang kehamilannya. Tetapi, Tuhan sebaik-baik perancang.

Netizen pun sebak sekali

Kebanyakan warganet yang membaca perkongsian wanita itu pun sebak sekali. Ada yang rasa seolah-olah Tuhan memberi ganti selepas dia kehilangan suaminya pada bulan Disember lalu.

Seronok bila tengok ramai yang turut mendoakan kesejahteraan Ashura.


Siapa sangka akan ada rezeki lain daripada Tuhan. Seolah-olah wujud pelangi selepas hujan.

Kami pun meremang bulu roma (in a good way!) selepas terbaca perkongsian wanita ini tentang kehamilannya. Tak sangka arwah suami sempat meninggalkan amanah untuk dijaga sebelum ‘pergi’.

Kami mendoakan segala urusan Ashura ketika hamil dipermudahkan. Amin!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd