Now Reading
Wanita Hamil Maut Ditembak Dipercayai Akibat Cemburu

Wanita Hamil Maut Ditembak Dipercayai Akibat Cemburu

Pihak polis daerah Kelantan mendapati bahawa suspek juga dipercayai telah menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru.

wanita hamil ditembak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (4 Jun 2022), seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak semasa berada di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

Laporan telah mengesahkan bahawa mangsa merupakan ibu tunggal tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun.

Nenek mangsa, Zawiyah Sulong, 68, berkata, sejak berpisah dengan suami pada Februari lalu ketiga-tiga anak mereka dijaga oleh Farrah Emirah.

Mangsa dikatakan hilang setelah keluar dari rumah pada malam hari Jumaat (3 Jun).

BACA LANJUT: Wanita Hamil 7 Bulan Maut Ditembak Pada Bahagian Perut Di Pasir Mas, Kelantan


Cemburu Dipercayai Motif Pembunuhan

Memetik laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Harian Metro, pihak polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita berkenaan maut ditembak.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan bahawa pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.

Ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu, polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun kepada Harian Metro.

Suspek yang ditahan direman lima (5) hari bermula hari ini sehingga Khamis depan (9 Jun) untuk siasatan lanjut.


Tembak Guna Pistol Separa Automatik

Mengulas lanjut, mengenai pembunuhan mangsa, Muhamad Zaki menjelaskan pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa ditembak di lokasi penemuan mayat atau di lokasi lain.

Ada dua kemungkinan, (pertama) mangsa ditembak di tempat lain kemudian memandu sehingga ke lokasi penemuan mayat, atau mangsa ditembak di lokasi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun kepada Harian Metro.

Suspek juga dipercayai telah menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru. Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian sejauh 15 kilometer sahaja.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd