Now Reading
Mira Filzah Hamil Anak Sulung

Mira Filzah Hamil Anak Sulung

Usia kandungan Mira Filzah kini sudah memasuki fasa trimester ketiga iaitu kira-kira enam bulan mengandung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selebriti terkenal iaitu Mira Filzah baru-baru ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertamanya. Pengumuman itu dimuat naik oleh Mira di Instagram miliknya semalam (20 Januari).

Menurutnya, perkhabaran menggembirakan ini diterima sejak tahun lepas lagi tetapi masih tidak memberi sebarang kenyataan kepada media.

Kini, usia kandungannya sudah memasuki fasa trimester ketiga iaitu kira-kira enam bulan mengandung.

Mira dengan penuh rasa rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakannya.

Kredit: Instagram @mfmirafilzah

Ramai ucap tahniah dan mendoakan Mira Filzah

Di ruangan komen posting berkenaan, ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Mira atas perkhabaran gembira itu.

Boleh kata ramai juga yang teruja bila dapat tahu Mira kini sudah hamil anak sulungnya.

Dalam pada masa yang sama, rata-rata netizen juga mendoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Mira Filzah.

Tahniah kepada Mira Filzah dan suami. Kami doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk Mira.

Wah, tak sabar nak tengok Mira Junior!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd