Now Reading
Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Yang Marah Pekerjanya Dahulukan Ibu Hamil

Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Yang Marah Pekerjanya Dahulukan Ibu Hamil

Chef Ammar dilihat mempertahankan pekerjanya yang dimarahi pelanggan gara-gara mendahulukan wanita mengandung ketika sedang beratur di gerai mereka.

https://www.tiktok.com/@mohdarizan/video/7086017797519609115?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak dua menjak ini, nama Chef Ammar sering disebut-sebut di media sosial selepas salah satu menu jualannya di bazar Ramadan iaitu Nasi Arab Lamb Shank menjadi perhatian ramai.

Hampir setiap hari ada sahaja isu dikaitkan dengan Chef Ammar seperti dakwaan harga yang tidak munasabah dan had pembelian kepada setiap pelanggan.

BACA JUGA: “Lebih 10 Tak Boleh” – Pelanggan Rayu Chef Ammar Hadkan Jualan Buat Setiap Orang

Baru-baru ini, timbul lagi isu dengan peniaga ini apabila salah seorang pekerjanya pula dimarahi oleh pelanggan mereka.

Pekerja utamakan ibu mengandung

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok (@mohdarizan), Chef Ammar dilihat mempertahankan pekerjanya selepas dimarahi oleh pelanggan di gerai mereka.

Kejadian itu dikatakan berlaku gara-gara pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja yang mendahulukan wanita mengandung dengan memberinya juadah dengan lebih cepat.

Beberapa pihak polis juga dilihat tampil ke gerai Chef Ammar bagi menenangkan keadaan dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Sebenarnya, pekerja yang dimarahi itu adalah menantu kepada Chef Ammar sendiri.

Banyak dugaan Chef Ammar di bulam Ramadan ini

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meyokong tindakan Chef Ammar yang ‘menyekolahkan’ pembeli biadap tersebut hanya kerana makanan.

Sebagai pelanggan, kita memang ada hak untuk bersuara tetapi bergantung juga kepada situasi di sekeliling. Tak bolehlah nak sesuka hati marah pekerja.


Kalau diikutkan, di mana-mana tempat pun memang wanita mengandung akan diutamakan terlebih dahulu sebagai tanda prihatin kepada mereka.

Macam-macam sungguh dugaan untuk Chef Ammar dan pekerja di bulan Ramadan ini.

Semoga mereka terus tabah dan kuat untuk berhadapan dengan kerenah dan gelegat pelanggan pada masa akan datang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd