Wartawan Israel ‘Curi-curi’ Masuk Ke Mekah Cetus Kemarahan Orang Ramai
Wartawan Israel dikenali sebagai Gil Tamary dari media Channel 13 memasuki kota suci Mekah untuk membuat liputan lawatan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk memasuki ke kota Mekah di Arab Saudi berdasarkan larangan dalam al-Quran serta undang-undang kerajaan Arab Saudi.
Namun baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wartawan Israel dikenali sebagai Gill Tamary dari Channel 13 didakwa berjaya menyelinap masuk ke kota Mekah.
Menerusi rakaman video dimuat naik oleh Tamary di laman Twitter (@tamarygil), dia dilihat menaiki sebuah kereta dipandu seorang lelaki dan berjalan-jalan di sekitar kota suci Mekah serta berada di pintu gerbang menuju ke Masjidil Haram.
Bukan itu sahaja, Tamary turut bergambar di Padang Arafah iaitu lokasi Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya serta tempat umat Islam melakukan salah satu rukun haji.
התיעוד המלא של הביקור שלי במכה, ערב הסעודית https://t.co/95GAzuyG8g
— גיל תמרי (@tamarygil) July 18, 2022
Kunjungan wartawan Israel itu buat orang ramai marah
Video oleh Gil Tamary itu telah mengundang kecaman teruk daripada orang ramai terutamanya umat Islam sendiri kerana dianggap telah melanggar undang-undang.
This is so unacceptable! #mecca pic.twitter.com/DmL3BGtJuL
— Layla Ghanem (@_laylaghanem) July 21, 2022
How could they allow him to go this far?! #mecca pic.twitter.com/GIjwCvFuwb
— Mohamed Jazzar (@mojazzar9) July 21, 2022
Preeeeeety sure Mecca is only supposed to be inhabited by Muslims. Seems very disrespectful that a Jewish dude in a baseball cap makes a video there. Intent or not. Culture and religion isn’t a Zoo but respected amongst nations and people. Learned for knowledge, not leisure.
— Ari Safari Bobari Jaffari 🎮 (@jewknowwhattodo) July 19, 2022
Mecca is a religious city, barely enough room for pilgrims and not a tourist site, it’s disrespectful to barge in uninvited, do you see Muslims breaking into the wailing wall or the Vatican?
— Nadeem Shah (@dadiyo64) July 21, 2022
Give each other space and respect. Jewish brothers and sisters r welcome any other city
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kerjasama Serantau Israel Esawi Freij turut mengecam perbuatan Tamary yang memasuki kota suci Mekah walaupun ianya diharamkan. Beliau juga menyifatkan tindakan Tamary itu sebagai tidak berakal dan berbahaya.
Gil Tamary dan Channel 13 buat permohonan maaf
Selepas tular video Tamary memasuki kota Mekah, pihak Channel 13 dan Tamary telah tampil membuat permohonan maaf menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (@tamarygil) selepas video tersebut tular di media sosial.
Menurut laporan The Times of Israel, wartawan ini juga menjelaskan dia berada di kota suci tersebut untuk membuat liputan tentang lawatan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden di negara berkenaan pada Jumaat lalu (15 Julai).
Disclaimer: I would like to reiterate that this visit to Mecca was not intended to offend Muslims, or any other person. If anyone takes offense to this video, I deeply apologize. The purpose of this entire endeavor was to showcase the importance of Mecca and the beauty
— גיל תמרי (@tamarygil) July 19, 2022
…. https://t.co/aAxipctRrG
Kenapa orang bukan Islam tak boleh jejak kaki ke kota Mekah?
Ada sebab kenapa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki kota suci Mekah. Berdasarkan ayat al-Quran dalam Surah At-Taubah ayat ke-28:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Menurut Imam Syafie, orang bukan Islam hanya tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram sahaja, manakala masjid-masjid lain masih boleh dimasuki. Pandangan ini juga sama dengan pendapat Ibn Hazm serta Imam Nawawi.
Menurut sumber, sesetengah ulama pula berpendapat ayat tersebut tidak hanya merujuk kepada kawasan Masjidil Haram semata-mata tetapi keseluruhan tanah haram yang dianggap sebagai sebahagian daripada Masjidil Haram.
Mengikut peruntukan undang-undang pula, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa golongan bukan Islam dilarang untuk memasuki kota Mekah dan juga Madinah.
Sebelum tiba di sempadan tanah haram menuju ke Kota Mekah, akan ada papan tanda yang mengarahkan orang bukan Islam untuk melalui susur jalan lain yang tidak melalui kawasan tanah haram.
BACA JUGA: Rahsia Di Sebalik Lantai Sejuk Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Yang Ramai Tak Tahu
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.