Now Reading
Rahsia Di Sebalik Lantai Sejuk Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Yang Ramai Tak Tahu

Rahsia Di Sebalik Lantai Sejuk Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Yang Ramai Tak Tahu

Lantai di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dibina menggunakan batu granit berwarna putih yang mampu menyerap haba.

sejarah lantai di Mekah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap umat Islam yang pernah mengunjungi tanah suci Mekah pasti akan merindui kota itu selepas pulang ke tanah air. Tak boleh nak digambarkan betapa tenangnya suasana di sana apabila berniat untuk melakukan ibadah haji atau umrah.

Bertuah siapa yang diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berdiri di hadapan Kaabah. Mesti best kan?

BACA JUGA: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Sejarah lantai di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Sumber: Jadiberita

Terbaharu, seorang pengguna Twitter (isu semasa viral) berkongsi kisah sejarah pembinaan lantai di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Mekah. Kalau anda perasan, kawasan ini seolah-olah bercahaya jika dilihat dari satelit.

Lantai berbatu putih yang digunakan di tempat beribadah itu dipasang oleh seorang arkitek bernama Almarhum Muhammad Kamal Ismail.

Arkitek ini telah menamakan lantai yang berasal dari Pulau Thassos, Greece sebagai Thassos Marble.

Kenapa pilih baru granit bewarna putih?

Untuk pengetahuan anda, arkitek berkenaan sengaja memilih baru granit berwarna putih di sekitar Kaabah dan Masjidil Haram adalah kerana adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas.

Warna putih pula dipilih kerana hanya terdapat di satu bukit kecil di sebuah pulau bernama Thassos di Greece atau Yunani.

Takdir Tuhan temukan batu granit dengan pembeli lain

Selepas 15 tahun, kerajaan Arab Saudi meminta arkitek yang sama untuk memasangnya di seluruh lantai Masjid Nabawi pula. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana batu granit berwarna putih kesemuanya telah habis dibeli.

Berita itu membuatkan arkitek berkenaan terlalu sedih kerana tidak dapat memasangnya di Masjid Nabawi dan bertindak untuk mencari individu yang telah membeli kesemua batu granit berwarna putih.

Tidak lama kemudian, arkitek tersebut telah berjumpa dengan pembeli batu granit itu dan bercadang untuk membawa pulang bahan yang ingin dimilikinya dengan sejumlah bayaran.

Tetapi lain pula yang terjadi selepas pembeli berkenaan berniat untuk menghadiahkan kesemua batu tersebut selepas mendengar kisah yang dilalui oleh arkitek dari Mekah itu.

Rupa-rupanya, pembeli itu ditakdirkan oleh Tuhan untuk membeli batu granit tersebut tanpa mengetahui tujuan sebenar lalu menyimpannya di dalam gudang selama bertahun-tahun.

Kemudian, batu granit berkenaan diserahkan kepada arkitek itu untuk diuruskan dalam proses menyiapkan lantai Masjid Nabawi.

Kepada anda yang ingin membaca kisah sepenuhnya, boleh klik [DI SINI].


Sesiapa yang pernah pergi ke kota Mekah pasti pernah merasai sendiri kesejukan lantai di sana walaupun suhu pada ketika itu agak panas. Tak terbayang betapa besarnya ganjaran pahala yang diperolehi oleh setiap penyumbang kepada pembinaan ini.

BACA JUGA: Penerbangan Pertama Haji Rakyat Malaysia Dijangka 4 Jun Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd