Now Reading
Otai Permotoran Nasihat Anak Muda Menyimpan Di TH, Tidak Berhabis Beli Sport Rim & Helmet Mahal Demi Hobi

Otai Permotoran Nasihat Anak Muda Menyimpan Di TH, Tidak Berhabis Beli Sport Rim & Helmet Mahal Demi Hobi

Wazi Abdul Hamid menasihati anak muda untuk menabung dalam Tabung Haji agar dapat melaksanakan ibadat tersebut di masa akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum pasti mengetahui ramai generasi anak muda di Malaysia mempunyai kecenderungan dan minat yang mendalam terhadap dunia automotif.

Disebabkan itu ada di antara mereka yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan aksesori atau memodifikasi jentera mereka seperti motosikal dan kereta atas nama ‘hobi’.

Minat yang terlalu menebal menyebabkan mereka terlupa untuk menabung demi keperluan masa akan datang.

Bekas pelumba motosikal negara saran anak muda tidak berhabis wang beli aksesori

Susulan itu, bekas pelumba motosikal negara Wazi Abdul Hamid mengingatkan anak muda untuk tidak menghabiskan duit membeli aksesori motosikal atau barangan mewah semata-mata kerana hobi.

Menurutnya, adalah lebih baik jika anak muda menabung dalam Tabung Haji (TH) supaya dapat menunaikan ibadat haji ketika usia masih muda.

Jelas Wazi, beliau yang kini berada di Tanah Suci berasa kagum melihat ramai jemaah haji negara luar terdiri daripada golongan muda yang begitu bertenaga ketika melaksanakan rukun Islam itu.

“Jadi, daripada membeli sport rim, topi keledar berharga RM2,000, RM3,000, lebih baik simpan dalam TH, hanya RM1,300 untuk mendaftar haji, panggilan (haji) insyaAllah akan datang,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, Wazi yang berusia 52 tahun turut menyarankan TH untuk mendekati golongan muda dengan pelbagai program khususnya bagi menarik minat mereka untuk menabung dan seterusnya mendaftar haji.

“Mungkin perlu difikirkan bagaimana untuk meremajakan organisasi ini supaya anak muda tidak rasa jauh dengan TH,” katanya.

Remaja 18 tahun tunai haji sendirian, didaftarkan ketika berusia empat tahun

Sementara itu, seorang jemaah haji muda Muhammad Haqim Mohd Farid, 18, yang tidak ditemani ahli keluarga berkata dia memberanikan diri untuk berjauhan dengan ibu bapa sepanjang tempah menunaikan ibadat itu

“Lagipun, saya memang suka berjalan seorang diri, dah biasa seorang,” katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Difahamkan, Muhammad Haqim didaftarkan oleh ibunya untuk menunaikan haji pada 2009 dahulu ketika dia berumur empat tahun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd