Now Reading
“Lama Sangat Buat Haji Sampai 40 Hari” – Lelaki Perjelas Sebab Jemaah Malaysia Ambil Masa Lama

“Lama Sangat Buat Haji Sampai 40 Hari” – Lelaki Perjelas Sebab Jemaah Malaysia Ambil Masa Lama

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Arab Saudi telah menetapkan kuota seramai 31,600 orang jemaah dari Malaysia bagi haji tahun 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umatnya yang berkemampuan.

Namun begitu, ia boleh menjadi satu cabaran terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan berikutan kosnya yang cukup tinggi.

Baru-baru ini, pihak Tabung Haji (TH) melaporkan bahawa kos ibadah haji bakal meningkat sebanyak 11% tahun hadapan. Hal ini terjadi berikutan kemerosotan ekonomi yang berlaku pasca pandemik COVID-19.

Baca Artikel Berkaitan: Kos Ibadah Haji Dijangka Naik 11% Tahun Depan

Sehubungan dengan itu, terdapat individu yang mempertikaikan tempoh waktu yang terlalu lama bagi jemaah haji dari Malaysia berbanding hanya dua minggu yang dilakukan oleh jemaah negara lain.

Pengguna laman X, Faisal Rahim (@acaiijawa), telah membuat perkongsian bagi menerangkan perkara ini.


Perlu Urus Lebih 31,000 Jemaah Setahun

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Arab Saudi telah menetapkan kuota seramai 31,600 orang jemaah dari Malaysia bagi haji tahun 2024.

Arab Saudi yang terletak sekitar 7,000 km dari Malaysia mengambil masa 8 jam perjalanan.

Faisal berkata, bagi tujuan haji tahun 2023, perjalanan sehala memerlukan sebanyak 98 penerbangan sewa (chartered flight), walhal hanya dua hingga tiga penerbangan yang boleh diuruskan dalam masa sehari.

Perkara ini berlaku kerana terdapat lebih seribu jemaah haji yang perlu diuruskan bagi urusan seperti pengangkutan di tanah air dan Mekah, serta penginapan dan makanan ketika melakukan ibadah itu.

Tambahnya, pihak TH memerlukan masa sekitar sebulan bagi menguruskan kesemua 98 penerbangan tersebut.

Sumber gambar: Pexels.

Ada Jemaah Tiba Sebulan Sebelum Hari Wukuf

Sebagai info, Hajj Terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah merupakan fasiliti utama bagi memproses jemaah yang mahu memasuki Mekah dan Madinah untuk tujuan haji dan umrah.

Faisal memaklumkan bahawa lapangan terbang di sana turut mempunyai kapasiti tertentu bagi setiap negara. Hal ini adalah kerana berjuta jemaah dari seluruh dunia yang akan tiba di sana secara serentak dalam bulan yang sama.

Menurut Faisal, terdapat jemaah yang perlu tiba sebulan sebelum wukuf di Arafah. Perkara ini penting supaya dapat memberi masa kepada semua jemaah haji tiba di sana sebelum Hari Wukuf.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah memaklumkan terdapat lebih 1.8 juta jemaah dari 150 negara menunaikan haji pada tahun 2023. (Sumber gambar: Pexels)

Mengapa Ada Negara Lain Hanya Haji 2 Minggu?

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa terdapat beberapa negara lain seperti negara Eropah, Australia dan Amerika Syarikat (AS) yang selesai menunaikan haji dalam masa dua minggu sahaja.

Faisal menerangkan ini berlaku memandangkan jumlah jemaah haji dari negara terbabit sedikit iaitu sekitar 10,000 bagi AS, 3,600 bagi United Kingdom dan 4,000 dari Australia.

Bagi negara jiran Singapura pula, kuota jemaah haji mereka hanya ditetapkan sebanyak 900 orang setiap tahun. Oleh itu, jemaah dari Singapura dapat menunaikan haji dalam masa lebih singkat.

Mengikut Faisal, jemaah haji yang tidak terlalu banyak akan memudahkan urusan, sekaligus menyingkatkan masa ibadah ditunaikan.

Sumber gambar: Pexels.

Pakej Bermula RM100,000 Bagi Haji 2 Minggu

Walaupun begitu, ini tidak bermakna jemaah dari Malaysia tidak boleh melakukan haji dalam masa yang singkat.

Faisal berkata terdapat ramai orang Malaysia yang menyelesaikan ibadah haji dalam masa 14 hari sahaja. Namun begitu, mereka perlu berbelanja bagi pakej berharga RM100,000 ke atas dan ke Saudi Arabia menaiki penerbangan komersial.

Bagi pakej sedemikian, jemaah boleh bertolak di saat akhir sebelum Hari Wukuf dan segera balik setelah selesai menunaikan haji.

Mereka dapat memintas giliran dua juta jemaah yang keluar dari dan masuk ke Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah atau Madinah.

Kapasiti khusus juga diberikan kepada pemimpin negara.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Pergi Haji Guna Pakej Swasta

Baca Artikel Berkaitan: Saudia Bakal Mula Operasi Khidmat ‘Teksi Terbang’ Untuk Jemaah Haji


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd