Now Reading
Kos Ibadah Haji Dijangka Naik 11% Tahun Depan

Kos Ibadah Haji Dijangka Naik 11% Tahun Depan

Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji, salah satu sebab peningkatan kos ibadah haji sehingga 11% adalah kerana kerajaan Arab Saudi telah mengubah sistem permohonan visa.

kos ibadah haji meningkat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunaikan ibadah haji merupakan impian bagi semua para Muslimin dan Muslimat serata dunia.

Namun niat bagi menunaikan rukun Islam kelima ini banyak cabarannya seperti kekangan masa dan bajet yang tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang membesar daripada golongan berpendapatan rendah.

Buat mereka yang berhasrat ke Tanah Suci, jangan berputus asa. InsyaAllah segala niat yang murni pasti akan dipermudahkan.


Kos Ibadah Haji Bakal Meningkat 11% Tahun Hadapan

Semalam (2 Oktober), pihak Tabung Haji (TH) telah memaklumkan bahawa kos bagi menunaikan ibadah haji berkemungkinan meningkat sehingga 11% pada tahun hadapan berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar, peningkatan kos yang ketara itu adalah disebabkan keadaan ekonomi merosot ketika pasca pandemik Covid-19.

Punca lain mendorong kepada peningkatan kos haji ini adalah disebabkan faktor luaran yang tidak boleh dikawal sehingga mempengaruhi caj bayaran penginapan, pengangkutan, penerbangan, makan dan minum serta caj perkhidmatan lain.

Baca Artikel Berkaitan: Harga Hotel Di Mekah & Madinah Didakwa Naik Secara Tiba-tiba Kepada 150%!

Tambah beliau, peningkatan kos haji pada setiap tahun sememangnya akan berlaku dalam tempoh 10 tahun ini iaitu sekitar 5% hingga 6%.

“Namun disebabkan pandemik Covid-19, kenaikan itu dianggarkan menjadi dua kali ganda susulan peningkatan kadar inflasi serta situasi mata wang semasa. Arab Saudi juga telah menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar lima hingga enam peratus,” jelas Azman.


Bantuan Kewangan Haji Untuk Golongan B40 & M40 Diteruskan

Menerusi kenyataan oleh Azman di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M, Kompleks TH, sistem yang diguna pakai oleh kerajaan Arab Saudi juga telah berubah termasuklah permohonan visa.

Perubahan sistem ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada peningkatan kos ibadah haji yang dijangkakan.

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan meneruskan pemberian Bantuan Kewangan Haji secara bersasar untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh jemaah daripada kumpulan B40 dan M40.

“Bantuan secara bersasar ini dilihat berkesan bagi mengurangkan beban tanggungan TH yang terlalu tinggi kerana perlu membayar agihan keuntungan kepada hampir sembilan juta pendepositnya,” katanya.

Na’im dalam masa yang sama menyeru bakal para jemaah haji untuk menerapkan konsep ‘Istito’ah’ iaitu dengan membuat bayaran penuh bagi mereka yang berkemampuan.

Sumber: Malay Mail

Kebaikan Melakukan Ibadah Umrah

Ibadah umrah berbeza dengan haji.

Ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala haji pula hanya dilakukan pada musim haji sahaja iaitu ketika bulan Zulhijjah.

Namun menurut kerajaan Arab Saudi, umat Islam yang memegang visa pelancongan tidak boleh menunaikan umrah pada musim haji.

Ramai yang berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah umrah ini kerana mempunyai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya:

  • Menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci.
  • Setiap amal ibadah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
  • Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan umrah.
  • Pahala melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai pahala melakukan ibadah haji.
  • Menghapuskan dosa dan kefakiran.

Baca Artikel Berkaitan: Umrah: Beribadah Atau Melancong?

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Simpan Duit Ke Tabung Haji Tanpa Caj. Senang Setel!

Sumber: Astro Awani | Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd