Now Reading
Harga Hotel Di Mekah & Madinah Didakwa Naik Secara Tiba-tiba Kepada 150%!

Harga Hotel Di Mekah & Madinah Didakwa Naik Secara Tiba-tiba Kepada 150%!

Harga penginapan di Arab Saudi dipercayai telah dinaikkan tanpa dimaklumkan kepada pihak agensi pelancongan, meskipun kesemuanya sudah ditempah lebih awal.

harga hotel mekah naik

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini isu tentang kenaikan pakej umrah sedang hangat diperkatakan. Ramai juga yang membahaskan tentang topik ini oleh kerana mereka masih terkejut dengan peratusan kenaikan pakej ibadah umrah yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah selepas ini dikatakan bakal berdepan dengan kenaikan harga pakej sehingga 50% berbanding harga pembelian asal yang sudah ditempah.

Malah, harga penginapan di Arab Saudi dipercayai telah dinaikkan tanpa dimaklumkan kepada pihak agensi pelancongan, meskipun kesemuanya sudah ditempah lebih awal.

Bila jemaah sudah sampai di sana, mereka perlu membayar lebih pula.

Dan paling mengejutkan, secara keseluruhannya – harga hotel penginapan dikatakan naik sehingga 150%!


Harga Pakej Umrah Naik Meroket!

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham menjelaskan situasi itu berlaku selepas Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancong.

Kebenaran itu menyebabkan berlakunya kenaikan jumlah jemaah umrah untuk tujuan beribadah. Jelasnya lagi, kenaikan harga itu mula dilihat sejak bulan November 2022 dan sebahagian besarnya adalah kerana peningkatan harga tiket penerbangan, hotel dan visa yang telah ditetapkan di Arab Saudi.

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar yang telah memberikan respon tentang kenaikan pakej umrah ini.

BACA SINI: Harga Pakej Umrah Naik 50%, Ini Respon Menteri Agama

Sumber: Sinar Harian

Kerajaan Malaysia Digesa Berbincang Dengan Kerajaan Arab Saudi Tentang Isu Kenaikan Harga Penginapan

Menurut laporan Sinar Harian, perbincangan di antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi perlu dilakukan dalam kadar segera bagi mencari penyelesaian terhadap isu kenaikan harga hotel secara tiba-tiba yang melibatkan jemaah umrah daripada Malaysia.

Pengarah Urusan Tri-D Travel dan Tours Sdn Bhd, Sarina Sharif berkata, ia berikutan Arab Saudi tidak mempunyai badan penguat kuasa yang mengawal kenaikan harga secara mendadak.

Kalau nak bagi subsidi memang tidak boleh sebab mereka yang pergi umrah ini mengikut kemampuan. Jadi, apa yang boleh dicadangkan adalah kerajaan masuk campur dengan berbincang bersama Arab Saudi. Jika di Malaysia, kita ada penyelia untuk kawal kenaikan harga. Namun, tidak di Arab Saudi. Jadi, mereka naikkan harga sesuka hati walaupun kita sudah bayar. Perkara ini memang berlaku di sana. Lagipun Malaysia mempunyai hubungan baik dengan negara itu (Arab Saudi). Harapnya ada perbincangan dan keputusan dapat dibuat agar dapat turunkan kos hotel yang terlalu tinggi ini.

Pengarah Urusan Tri-D Travel dan Tours Sdn Bhd, Sarina Sharif ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abd Razak pula menjelaskan bahawa kenaikan tersebut berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Mekah dan Madinah ketika ini.

Sarina dalam masa yang sama turut menegaskan agar pihak agensi perlu berperanan dengan tidak mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga tersebut iaitu mengambil komisen tinggi.

Harga hotel sekarang meningkat sekali gus membebankan bakal jemaah. Kalau agensi ambil kesempatan, ia bertambah beban kepada mereka. Jangan caj terlalu tinggi sehingga mereka terpaksa berhutang.

Pengarah Urusan Tri-D Travel dan Tours Sdn Bhd, Sarina Sharif ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd