Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Cara Pergi Haji Guna Pakej Swasta

Lelaki Ini Kongsi Cara Pergi Haji Guna Pakej Swasta

Boleh dikatakan 80% sebab utamanya adalah kerana boleh mengerjakan haji mengikut tahun yang dikehendaki tanpa perlu menunggu lama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mengerjakan haji adalah satu ibadah yang menjadi impian semua umat beragama Islam selepas ianya menjadi rukun Islam kelima.

Mereka yang berpeluang ke kota suci Mekah dan Madinah dianggap sebagai tetamu Allah SWT dan setiap ibadah yang dilakukan ketika di sana akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Memang tidak dapat digambarkan perasaan bila dapat menjejakkan kaki di kota suci tersebut. MashaAllah begitu tenang dan indah.

BACA JUGA: Lelaki 52 Tahun Nekad Jalan Kaki Selama 11 Bulan Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Sumber: Umrah Haji Travel

Kenapa Ada Yang Mahu Tunai Ibadah Haji Menggunakan Pakej Swasta?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@acaiijawe) telah memuat naik bebenang di ciapannya dengan berkongsikan cara-cara untuk menunaikan ibadah haji di kota suci Mekah dan Madinah menggunakan pakej swasta.

Eh bukan ke sudah ada pakej haji oleh Tabung Haji (TH)? Jadi kenapa nak pergi haji menggunakan pakej swasta pula?

BACA JUGA: Jasa Pengasas Lembaga Tabung Haji Banyak Bantu Rakyat Malaysia Tunai Haji

Sumber: Yayasan Dakwah Islaiah Malaysia

Ada beberapa sebab yang menyebakan seseorang itu memilih untuk menggunakan pakej swasta. Antaranya:

1. Tidak Mahu Lama Menunggu Giliran

Boleh dikatakan 80% sebab utamanya adalah kerana anda dapat mengerjakan haji mengikut tahun yang dikehendaki.

Melalui pakej swasta, anda tidak perlu lagi menunggu gilliran selama 10 hingga 30 tahun.

2. Jarak Hotel Penginapan Yang Lebih Dekat

Bagi mereka yang sudah berumur, jarak kota Mekah ke hotel yang terlalu jauh menyukarkan golongan mereka yang sudah tidak berdaya.

Dengan pakej swasta, hotel yang dipilih mempunyai jarak yang lebih dekat dengan kota Mekah.

3. Bilik Penginapan Lebih Selesa

Tidak dinafikan, bilik hotel Tabung Haji (TH) juga bersih dan selesa tetapi kebiasaannya ia akan diinap seramai empat hingga enam orang dalam satu bilik yang sama.

Ada juga pakej bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaiannya. Antaranya adalah bilik seorang, dua, tiga atau empat.


Siapa Yang Boleh Pergi Haji Menggunakan Pakej?

Pakej haji swasta ini bukan boleh sesuka hati diambil tanpa membuat sebarang persiapan rapi kerana hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan. Antaranya:

  • Mereka yang sudah mendapat tawaran haji dan mahukan keselesaan.
  • Mereka yang sudah mendaftar haji lebih daripada lima tahun dan telah membuat rayuan untuk pergi menunaikan ibarah tersebut lebih awal dengan menggunakan Kuota Haji milik syarikat PJH dilantik oleh TH.

Cara Menunaikan Ibadah Haji Menggunakan Pakej Swasta

Berikut merupakan beberapa langkah yang perlu diikuti sekiranya anda ingin menunaikan ibadah haji menggunakan pakej swasta.

1. Menyelidik Terlebih Dahulu

Proses yang paling penting adalah mendapatkan maklumat berkaitan syarikat dan pengalaman jemaah haji yang lalu bersama mereka.

Antara maklumat yang perlu diselidik adalah seperti nama dan jarak hotel, jenis bilik, pengurusan makanan serta minuman, dan banyak lagi.

2. Sudah Mendaftar Haji Di Satu Syarikat Sahaja

Ingat ya, anda tidak boleh mendaftar haji di pelbagai syarikat dalam satu masa serentak.

Ini kerana maklumat yang sudah dimasukkan ke dalam sistem akan selari dengan sistem dimiliki oleh Tabung Haji.

Kalau anda tiba-tiba mahu mengubah fikiran ingin menukar dari syarikat A kepada syarikat B, anda perlu membatalkan nama terlebih dahulu sebelum boleh mendaftar di syarikat lain.

Kalau tersilap atau terlambat mendaftar, anda perlu menunggu untuk tempoh pada tahun hadapan ya.

3. Menunggu Rayuan

Selepas selesai mendaftar di syarikat PJH, mereka akan menghantar maklumat kita kepada TH dan merayukan bagi pihak kita menggunakan kuota mereka.

Tawaran Haji ini sememangnya rasmi daripada TH.


Kepada mereka yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan, pengguna Twitter itu menggalakkan orang ramai untuk menunaikan haji dengan segera

Apabila kita sudah menunaikan Rukun Islam kelima ini, barulah lega rasanya.

BACA JUGA: Kuota Penuh Haji Malaysia Naik Kepada 31,600 Orang Untuk Tahun 2023


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd