Now Reading
Kuota Penuh Haji Malaysia Naik Kepada 31,600 Orang Untuk Tahun 2023

Kuota Penuh Haji Malaysia Naik Kepada 31,600 Orang Untuk Tahun 2023

h Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini, 10 Januari 2023.

quota haji 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Datuk Setia Dr. Na’im selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebentar tadi telah memaklumkan jumlah quota Haji Malaysia untuk musim haji tahun 1444H/2023M.

Menerusi perkongsian menerusi Facebook miliknya, beliau memberitahu bahawa bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Arab Saudi, beliau telah mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia pada semalam (9 Januari 2023).

Mesyuarat khas tersebut berlangsung dengan penuh mahabbah khususnya membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M. Di dalam mesyuarat tersebut, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah telah memuji negara Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

Datuk Setia Dr. Na’im selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau dalam masa yang sama menjelaskan bahawa telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah Haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi.

Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kuota Haji Malaysia yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M.

Datuk Setia Dr. Na’im selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mengulas lanjut, bagi pihak Kerajaan Malaysia, beliau turut menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas kuota penuh ini.

Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang ke-lima.

Datuk Setia Dr. Na’im selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar.

Amin YRA.

BACA JUGA: Harga Hotel Di Mekah & Madinah Didakwa Naik Secara Tiba-tiba Kepada 150%!

BACA JUGA: Harga Pakej Umrah Naik 50%, Ini Respon Menteri Agama


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd