Now Reading
Jasa Pengasas Lembaga Tabung Haji Banyak Bantu Rakyat Malaysia Tunai Haji

Jasa Pengasas Lembaga Tabung Haji Banyak Bantu Rakyat Malaysia Tunai Haji

Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan individu pertama mencetuskan idea untuk menubuhkan Lembaga Tabung Haji pada Disember 1969.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mengerjakan haji adalah satu ibadah yang menjadi impian semua umat beragama Islam selepas ianya menjadi rukun Islam kelima.

Mereka yang berpeluang ke kota suci Mekah dan Madinah dianggap sebagai tetamu Allah SWT dan setiap ibadah yang dilakukan ketika di sana akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Memang tidak dapat digambarkan perasaan bila dapat menjejakkan kaki di kota suci tersebut. Mashaallah begitu tenang dan indah.

BACA JUGA: Lelaki 52 Tahun Nekad Jalan Kaki Selama 11 Bulan Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Sumber: Umrah Haji Travel

Sejarah Penubuhan Lembaga Tabung Haji Di Malaysia

Rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan haji pasti mempunyai akaun simpanan di Lembaga Tabung Haji, betul tak?

Ada sesetengah individu yang sudah mempunyai akaun simpanan tersebut sejak dari kecil. Apabila dapat duit raya, memang terus ibu bapa akan memasukkannya ke dalam akaun Tabung Haji.

BACA JUGA: 2 Beradik Tunai Haji Pada Usia Muda Lepas Ibu Simpan Dalam Tabung Haji Sejak Bayi

Sumber: Yayasan Dakwah Islaiah Malaysia

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Jiwa Baik) berkongsi kisah tentang gerangan yang sangat penting di Malaysia iaitu Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz.

Kalau anda nak tahu, Allahyarham merupakan individu di sebalik idea penubuhan Lembaga Tabung Haji yang masih digunakan sehingga kini.

Biodata Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz. (Sumber: The Malaya Post)

Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, London dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat serta English College di Johor Bharu.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Raffles College dan Universiti Malaya Singapura.

Pada tahun 1964, beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo, Jepun.

Kalau anda nak tahu, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. (Sumber: Malay Mail)

Sumbangan Dan Jasa Kepada Masyarakat Malaysia Sepanjang Hidupnya

Sepanjang hidupnya, beliau banyak menyumbang jasa dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pengurusan kewangan dan agama Islam.

Agama Islam

Cetusan idea untuk menubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) merupakan cadangan yang diutarakan oleh beliau pada Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika berusia 37 tahun.

Sumber dari laman web Tabung Haji sendiri, PWSBH telah melakar sejarah pada 30 September 1963 dengan membuka kaunter untuk menerima tabung simpanan daripada bakal jemaah haji di Malaysia.

BACA JUGA: Ini Cara Simpan Duit Ke Tabung Haji Tanpa Caj. Senang Setel!

Sumber: Aimi Syahirah

Sejak dari itu, umat Islam di Malaysia dididik untuk menyimpan wang sejak usia muda sebagai persiapan untuk mengerjakan ibadah haji pada masa akan datang.

Kini, Tabung Haji (TH) adalah Pengurus Dana Islam terbesar di Malaysia dengan dana melebihi RM55 bilion.

Sumber: Malay Mail

Selain Tabung Haji, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz juga golongan penting dalam menubuhkan institusi kewangan Islam yang semakin berkembang di seluruh dunia dengan Malaysia sebagai hab utama iaitu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Bidang pendidikan

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan Naib Canselor Universti Malaya (UM) yang pertama dilantik dan paling lama berkhidmat kepada pusat pendidik tersebut.

Selain pernah berkhidmat selama 20 tahun sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, beliau juga menubuhkan Pusat Asasi UM (PASUM) pada tahun 1977.

Idea penubuhan PASUM itu telah diperoleh selepas mengadakan lawatan di Centre of Foundation Studies di United Kingdom.

Universiti Malaya. (Sumber: Malaysia Post)

Sepanjang hayatnya juga, beliau telah menulis lebih daripada 50 buah buku berkaitan isu ekonomi serta sosial.

Beliau amat terkenal dengan semangat memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang pertama.

Sumber: Malaysiakini

Malah, keturunan kerabat Diraja Johor ini juga merupakan satu-satunya anak Melayu yang dianugerahkan gelaran Profesor Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.

Bidang pengurusan kewangan

Ketika Tanah Melayu sedang bergelut dengan masalah jurang ekonomi dalam kalangan bumiputera, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dilantik sebagai salah seorang ahli Lembaga Rural Industrial Development Authority (RIDA).

Pelantikan itu dilakukan sendiri oleh Pengerusi RIDA pertama iaitu Datuk Onn Jaafar.

Ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 pula, beliau telah dilantik sebagai salah seorang panel bagi merangka Dasar Ekonomi Baharu (DEB) bagi membantu merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

Datuk Onn Jaafar. (Sumber: The Malaya Post)

Insan yang banyak memberikan jasa dan sumbangan kepada rakyat Malaysia sehingga kini telah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Disember 2020 ketika berusia 98 tahun.

Sumber: Astro Awani

Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada anda di luar sana untuk terus memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd