Pesakit PCOS Saran Ikhtihar Buat Ujian Kesuburan Jika Masih Belum Dapat Anak & Sedang Jalani TTC
Individu terbabit melakukan ujian kesuburan apabila badannya mengalami perubahan yang ketara setelah keguguran kandungan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Bagi pasangan yang telah berkahwin, sudah pasti rata-rata mempunyai keinginan untuk menimang cahaya mata sendiri. Terdapat pasangan yang merasa kehadiran zuriat walaupun baru setahun berkahwin.
Namun begitu, ada juga pasangan yang masih belum didatangi rezeki dalam bentuk seorang anak walaupun setelah bertahun lamanya. Lebih menyedihkan lagi apabila seorang isteri yang telah mengandung diuji dengan keguguran bayi dalam kandungan.
Bagi pasangan yang melalui ujian sedemikian, ketahuilah bahawa terdapat ujian untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan rawatan untuk mengurangkan simptom sekaligus meningkatkan kesuburan dan kekuatan rahim.
Individu Kongsi Pengalaman Lakukan Ujian Kesuburan
Seorang pengguna Twitter iaitu Nurin (@Nuyenggg), berkongsi pengalaman melakukan ujian kesuburan. Dia mengatakan masih belum dikurniakan cahaya mata setelah 11 bulan berkahwin dan pernah diuji dengan keguguran kandungan sebelum ini.
Nurin berkata dia melakukan Fertility Assessment (FA) atau ujian kesuburan di Metro IVF setelah memilih antara lebih 10 klinik dan hospital swasta yang menawarkan pakej kesuburan. Hasil FA tersebut mendapati Nurin mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).
I just feel the need to share this. If you’ve been married for 1y but didn’t yet manage to conceive, you can do Fertility Assessment.
— Nurin (@Nuyenggg) June 25, 2023
I dah kahwin 11 bulan, pernah pregnant but miscarriage. Until now, still no baby. So we went to Metro IVF to do FA, only to know that I have PCOS pic.twitter.com/urMAQWcYph
Untuk rekod, seramai 20% wanita normal mengalami masalah PCOS. PCOS adalah keadaan di mana ovari seorang wanita mengandungi ‘follicles’ atau sista kecil bersaiz 4mm hingga 9mm. Sista kecil ini mengandungi ovum atau telur yang tidak berkembang kepada saiz yang membolehkan ia disenyawakan oleh sperma.

Sumber gambar: Cleveland Clinic
Pesakit PCOS mempunyai tahap hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi sehingga mengganggu fungsi normal ovum.
Ikhtihar Lakukan Ujian Kesuburan Jika Sedar Badan Alami Perubahan
Nurin mencadangkan para wanita supaya mendapatkan pemeriksaan yang sepatutnya jika berasa perubahan pada tubuh badan lain daripada biasa.
Menurut Nurin, badannya mengalami beberapa perubahan setelah keguguran seperti berat badan naik mendadak, kitaran haid tidak teratur, senggugut teruk, stres dan mudah penat. Kesemua perkara tersebut merupakan simptom PCOS.
To ladies out there, if you rasa badan you macam tingtong, please get yourself checked.
— Nurin (@Nuyenggg) June 25, 2023
I start rasa after miscarriage. Berat badan naik mendadak, period tak boleh nak track- irregular & datang ikut suka hati, period pain & cramping teruk, stress, mudah penat.
Rupanya PCOS. pic.twitter.com/3TExThEccz
Mungkin golongan wanita menganggap kitaran haid tidak teratur dan senggugut sebagai perkara yang normal. Namun begitu, ia boleh menjadi simptom kepada masalah atau kesakitan yang dihidapi seseorang sehingga menganggu usaha untuk mengandung.
Nurin berkata setelah dia didiagnosis dengan PCOS, doktor tidak terus mempreskripsikan ubat-ubatan atau memintanya untuk melakukan rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF. Sebaliknya, doktor hanya memberi suplemen dan meminta Nurin membuat bacaan mengenai PCOS sebelum datang ke temujanji seterusnya.
Because she knows that this is shocking to me, she doesn’t want to pile everything up on me all at once. So only on the next appointments I’ll be prescribed with all the medications I needed. Dia nak I bertenang dulu.
— Nurin (@Nuyenggg) June 25, 2023
Faham tak betapa baik and thoughtfulnya my doctor ni?! 😭❤️
Individu Puji & Syorkan FA di Metro IVF
Nurin yang melakukan ujian kesuburan di Metro IVF, mengambil pakej Couple Fetility Screening pada harga RM230. Dia mengesyorkan FA di Metro IVF kerana mempunyai konsultasi komprehensif, doktor dan jururawat yang baik dan sentiasa membantu, ruangan menunggu selesa, serta mementingkan privasi pesakit.
So..I really recommend Metro IVF if you wanna do Fertility Assessment. I have NO complaints at all. The consultation is comprehensive. Dr & nurses baik, soft-spoken, helpful. Tempat menunggu selesa, bilik to get the sperm out for sperm analysis pun ada privacy (wife boleh teman). pic.twitter.com/qiDRj5b6TN
— Nurin (@Nuyenggg) June 25, 2023
Selain daripada menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan, pesakit PCOS perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti mengambil makanan lebih sihat, tidur lebih berkualiti dan melakukan senaman.
Apart from getting treatments/being on meds or doing any other methods, it’s time for a healthier beginning as my doctor said it will increase my chance of pregnancy.
— Nurin (@Nuyenggg) June 25, 2023
So if you’re in the same boat as mine, let’s try to eat healthily, sleep better, put some effort to exercise ❤️
Pesakit PCOS juga memerlukan sistem sokongan yang kuat daripada orang sekeliling terutamanya pasangan. Pada masa yang sama, Nurin berkata suaminya turut menjalani ujian sperma.
Masalah Kesihatan Lain Yang Menyebabkan Kemandulan
Menurut National Health Service United Kingdom, setiap satu daripada tujuh pasangan mempunyai masalah untuk mendapatkan kandungan.
Bagi pasangan yang tidak berjaya mengandung setelah lebih tiga tahun usaha, kebarangkalian mengandung secara semula jadi dalam tahun seterusnya adalah hanya 25% atau kurang.
Selain daripada PCOS, wanita yang sukar mengandung mungkin juga menghadapi masalah lain seperti proses ovulasi tidak teratur, tiub Fallopion tersumbat atau rosak serta endometriosis.
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu seperti pada lapisan rahim atau endometrium tumbuh di luar rahim dan digelar implan. Endometrium dikeluarkan dalam bentuk darah ketika wanita didatangi haid.

Sumber gambar: Mayo Clinic
Namun begitu, implan yang berada di luar rahim sukar dikeluarkan daripada badan dan menyebabkan penghidap endometriosis merasa sakit. Darah yang tidak dapat dikeluarkan dan terkumpul akan membentuk sista, menyebabkan perekatan dan menyukarkan pembenihan.
Selain itu, wanita juga boleh mempunyai ketumbuhan di bahagian sistem pembiakan seperti fibroid dan fibrosis. Fibroid merupakan tumbuhan bukan kanser di dalam atau di sekeliling rahim. Ia boleh mengganggu kesuburan dengan menghalang ovum yang telah disenyawakan untuk melekat pada dinding rahim atau menghalang tiub Fallopian.
Masalah Ketidaksuburan Bukan Hanya Pada Wanita
Ketidaksuburan bukan sahaja terjadi hanya kepada wanita, tetapi kepada lelaki juga. Oleh itu, penting untuk golongan lelaki melakukan ujian kesuburan bersama-sama untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan.
Ketidaksuburan lelaki kebiasannya disebabkan oleh masalah sperma yang tidak normal, tetapi boleh juga terjadi akibat masalah fungsi ereksi dan ejakulasi pramatang. Antara masalah sperma yang menyebabkan ketidaksuburan adalah jumlah sperma yang kurang, kurang pergerakan sperma dan kurang sperma berbentuk normal.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.