Now Reading
Jeryl Lee, Anak Kelahiran Pulau Pinang Juara Rancangan The Next 2023 Di China

Jeryl Lee, Anak Kelahiran Pulau Pinang Juara Rancangan The Next 2023 Di China

Jeryl Lee Pei Ling yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia telah mengalirkan air mata apabila dinobatkan sebagai juara akhir rancangan realiti muzik The Next 2023 di China.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di antara anda yang mempunyai impian yang tinggi untuk menyerlahkan kebolehan diri sendiri. Namun hasrat ini kadangkala tergendala kerana diri sendiri tidak yakin untuk menunjukkan potensi dan bakat yang ada.

Bagi mereka yang berada dalam situasi seperti ini, ikutilah langkah Jeryl Lee Pei Ling iaitu seorang penyanyi berbangsa Cina dari Malaysia yang telah menyahut cabaran untuk berkembang dalam industri muzik.


Jeryl Lee Pei Ling Juara Akhir Rancangan The Next 2023 Di China

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran negeri Pulau Pinang Jeryl Lee Pei Ling, 23, telah mengharumkan nama negara apabila dia telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti The Next 2023 di China pada Sabtu lalu (30 September).

Khabar berita ini telah dikongsikan oleh Jeryl kepada orang ramai melalui hantaran di akaun Instagram miliknya (@jerylleex).

Terkejut dengan kejayaan yang tidak disangka, wanita ini dilihat mengalirkan air matanya dalam salah satu gambar yang dimuat naik di media sosial.

“Sehingga ke hari ini saya berasa seperti dalam mimpi. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua semua pihak,” ujarnya menerusi kapsyen di Instagram.

Tambah Jeryl, kerjayanya dalam bidang nyanyian bukanlah satu perjalanan mudah yang perlu ditempuhi. Setelah hampir 15 tahun menyanyi dan debut sejak 7 tahun lalu, Jeryl telah memberikan nasihat kepada orang awam untuk bersifat berani dalam mengejar impian yang ingin dikecapi.

“Be brave and dare to try!” ujarnya dalam hantaran yang sama.

Dalam persembahannya yang terakhir di rancangan tersebut, Jeryl telah menyanyikan lagu yang berjudul ‘Wandering’.

Menurut sumber The Star, artis veteran Ella Chen iaitu salah seorang mentor selebriti dalam rancangan itu telah memuji Jeryl kerana memiliki “personaliti seorang ratu”.

Untuk makluman semua, Jeryl telah dilatih oleh idol K-pop terkenal Jackson Wang dan Jaypark sepanjang rancangan ini berlangsung.

Sumber: Instagram (@jerylleex)

Profil Penyanyi Jeryl Lee Pei Ling

Jeryl telah dilahirkan di Bukit Mertajam Pulau Pinang, Malaysia pada tanggal 23 Mei 2000. Sudah berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 10 tahun, Jeryl pernah mengambil bahagian dalam Chinese Million Stars edisi kedua iaitu rancangan nyanyian realiti di Taiwan.

Tidak terhenti di situ sahaja, Jeryl juga pernah menyertai pelbagai rancangan televisyen yang lain seperti Sing! China dan China Dream Show.

Setakat ini, Jeryl telah mengeluarkan lima lagu single yang bertajuk Mama, Bahu Kiri, Sahabat Sejati, ‘I Wanna Be Free’, dan ‘Respect 1,000,000’.

Walaupun baru berumur 23 tahun, namun segala pencapaiannya dalam bidang muzik amat mengagumkan dan boleh dijadikan inspirasi buat anak muda di luar sana.

Sumber: World of Buzz/ Instagram (@jerylleex)

Baca Artikel Berkaitan: Dua Pelajar Universiti Utara Malaysia Harumkan Nama Negara, Peroleh Markah Tertinggi Kertas ACCA

Baca Artikel Berkaitan: Anak Penjual Burger Harumkan Nama Keluarga Lepas Dapat Tawaran Sambung Pengajian Di Universiti Columbia

Baca Artikel Berkaitan: Anak Dr Maszlee Terima 6 Anugerah & Jadi Pelajar Pertama Asia Tenggara Raih CGPA 4.0 Di Qatar

Sumber: Instagram (@jerylleex) | The Star


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd