Now Reading
Dua Pelajar Universiti Utara Malaysia Harumkan Nama Negara, Peroleh Markah Tertinggi Kertas ACCA

Dua Pelajar Universiti Utara Malaysia Harumkan Nama Negara, Peroleh Markah Tertinggi Kertas ACCA

Mereka berdua merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, pelbagai kejayaan ditempa oleh anak-anak tempatan di Malaysia, sekaligus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tak kisahlah dalam arena sukan, seni, makanan, hiburan, pendidikan dan sebagainya.

Bukan setakat itu sahaja, hidangan makan tempatan di Malaysia juga telah membuatkan segelintir individu berjaya mengharumkan nama Malaysia di serata dunia.

Terbaiklah, Malaysians!


Dua pelajar Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengharumkan nama Malaysia.

Baru-baru ini, seorang graduan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Looi Pui Mun, 24 dan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan, Tan Yi Wen, 23 telah meraih markah tertinggi di dunia dalam kertas peperiksaan bagi program Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Mereka berdua merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Looi Pui Mun yang juga graduan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) memperoleh markah tertinggi bagi kertas Advanced Financial Management (AFM) Disember 2021.

Manakala Tan Yi Wen, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan yang memperoleh markah tertinggi bagi kertas Advanced Performance Management (APM) Disember 2021.


Tempat pertama di Malaysia & dunia.

Menurut laporan, pencapaian itu sekali gus meletakkan Pui Mun berada di tempat pertama di dunia dan Malaysia. Manakala Yi Wen berada di tempat pertama di Malaysia dan ke-14 di dunia.

Pui Mun, menjelaskan dia gembira dengan pencapaian itu malah tidak menjangkakan akan mencapai tahap itu untuk kertas terakhir bagi melengkapkan program ACCA.

Jelasnya lagi, meskipun berada dalam situasi pandemik yang masih belum berakhir, namun ia tidak menjadi halangan sebaliknya satu kelebihan kerana dia mempunyai banyak masa untuk fokus belajar selepas menamatkan latihan industri.

Untuk kertas AFM ini, saya perlu membuat pengiraan mengenai penilaian perniagaan, penilaian pelaburan dan pengurusan risiko ke atas pertukaran asing dan kadar faedah. Saya juga perlu membuat pertimbangan dan memberikan pandangan mengenai keputusan perniagaan berdasarkan angka yang ditemui.

Pui Mun.

Pui Mun kini teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini dan berharap pencapaiannya itu akan menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus mencapai cita-cita dan matlamat diri, malah membanggakan universiti dan TISSA-UUM.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada UUM, ACCA, keluarga dan rakan-rakan di atas sokongan dan dorongan yang berterusan sepanjang pencapaian yang diperoleh dan ia telah mendorongnya untuk terus bekerja lebih keras.

Sementara itu, Yi Wen juga teruja dan gembira kerana berjaya memperoleh markah tertinggi bagi kertas APM yang hanya diketahui menerusi e-mel pada Jumaat lalu (21 Januari).

Saya teruja dan pada masa sama terkejut kerana tidak sangka akan memperoleh markah tertinggi di Malaysia. Segala usaha selama ini akhirnya terbayar, namun perjalanan saya masih jauh lagi untuk melengkapkan kertas peperiksaan bagi program ACCA ini. Bagi mencapai kejayaan hari ini, disiplin amat penting. Saya akan menyiapkan tugasan terlebih dahulu, kemudian menonton rakaman video kelas tambahan, mengulangkaji dan membuat latihan soalan tahun-tahun terdahulu, selain bijak membahagikan masa. Di sinilah segala ilmu yang dipelajari di UUM dipraktikkan.

Yi Wen.

Yi Wen menjelaskan bahawa cabaran utama semasa persediaan untuk menyiapkan kertas kerja ini ialah pengurusan masa memandangkan banyak tugasan kuliah yang perlu diselesaikan pada waktu yang sama.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd