Now Reading
Anak Penjual Burger Harumkan Nama Keluarga Lepas Dapat Tawaran Sambung Pengajian Di Universiti Columbia

Anak Penjual Burger Harumkan Nama Keluarga Lepas Dapat Tawaran Sambung Pengajian Di Universiti Columbia

Azida Azmi yang merupakan anak imigran berkata dia akan teruskan belajar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang cukup asing sewaktu tiba di Amerika Syarikat (AS).

anak penjual burger

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melanjutkan pelajaran adalah salah satu impian buat golongan anak muda lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah menghabiskan masa untuk menggapai kerjaya yang cemerlang pada masa akan datang.

Meskipun ramai menyambung pelajaran di tanah air sendiri, namun ramai juga yang bercita-cita untuk terbang ke negara asing bagi meneruskan pengajian di institusi yang diiktiraf dunia.

Bagi mereka yang berasa sukar untuk meneruskan hasrat ini, jangan cepat menyerah okay? Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Gadis Imigran Bersyukur Dapat Teruskan Impian Ibu Bapa Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

Kisah seorang anak penjual burger baru-baru ini telah memberi inspirasi kepada orang ramai apabila dia telah ditawarkan untuk menyambung pengajiannya di sebuah institusi terkemuka iaitu Universiti Columbia, New York.

Gadis yang bernama Azida Azmi melalui akaun TikTok (@gniwoem), tidak menyangka dirinya yang selama ini membantu ibu dalam perniagaan menjual burger akhirnya dapat merealisasikan impian ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sumber: TikTok (@gniwoem)

“Dari Selayang ke New York,” ini antara ungkapan gembira yang dikongsikan olehnya di video berkenaan.

Untuk makluman, ibu Azida mempunyai perniagaan burger tersendiri sekitar Selayang, Selangor.


Anak Imigran Risau Untuk Menyesuaikan Diri Di Negara Asing

Menerusi kapsyen di perkongsian berkenaan, Azida yang sebelum ini merupakan pelajar lepasan Universiti Tekonologi MARA (UiTM) berkata dia akan tetap meneruskan perjalanan kerjaya ini walaupun berasa kurang yakin dengan kebolehan dirinya.

Tambahnya dalam hantaran yang sama, dia akan teruskan belajar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang cukup asing sewaktu tiba di Amerika Syarikat (AS).

Sumber: TikTok (@gniwoem)
@gniwoem

From UiTM to Columbia 😀 Worked hard to climb my way up, but even now, it still feels a bit blurry. But that’s okay, I’ll just keep going. I have always been someone who is scared of taking space, unsure if I have the capacity of building my own table. But then again, I don’t really have a choice, I have to shamelessly make room for myself in spaces where I’m not welcomed, because I have a family to take care of 🙂 My Columbia journey begins 😀 #fyp #uitm #columbiauniversity #postgraduate #studentlife

♬ Scott street x i know the end – ella
https://www.tiktok.com/@gniwoem/video/7277403788674223362

Memetik laporan World Of Buzz, Azida yang merupakan anak imigran menjelaskan bahawa ibunya yang berasal dari Indonesia terbang ke Malaysia ketika muda dan kemudian berkahwin dengan bapanya yang sudah mendapat status pemastautin tetap (PR).

Disebabkan status ini, Azida berkata dia telah berkerja keras untuk mendapatkan kejayaan yang diperoleh olehnya sekarang.


Orang Ramai Kagum Lihat Kejayaan Si Anak Gadis Toke Bisnes Burger Dari Selayang

Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai berbangga dengan kejayaan Azida yang menakjubkan.

Sumber: TikTok (@gniwoem)

Orang ramai dalam masa yang sama telah memberikan kata-kata semangat kepada gadis ini untuk tidak berputus asa untuk meningkatkan keyakinan diri apabila tiba di negara asing.

“Saya tidak kenal anda, tapi saya berasa bangga,” kata seorang wanita dalam komen video itu.

Memang hebat ya dapat memasuki salah satu universiti berprestij di dunia. Kudos Azida!


Baca Artikel Berkaitan: 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan

Sumber: TikTok (@gniwoem) | World of Buzz


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd