Now Reading
Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan

Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan

Kepada mereka yang ingin bekerja dalam bidang pendidikan, memang digalakkan untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

kelebihan sambung master

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebanyakan individu yang mengambil pra-universiti seperti matriks, asasi dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) pasti memasang niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda.

Tetapi tidak ramai yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana selepas tamat pelajaran di universiti pada tahap sarjana muda. Ada yang mahu terus membina kerjaya dan keluarga.

Tetapi sebenarnya kalau anda sudah bekerja dan berkeluarga pun boleh sahaja menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sesetengah universiti turut menawarkan ijazah sarjana secara separuh masa.

Sumber: Grand Canyon University

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Sitijamil92) yang merupakan seorang isteri dan juga pendidik baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik).

Menurutnya, pengajian tersebut yang diambil selepas bekerja merupakan suatu keputusan yang tepat kerana permintaan dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan memerlukan kelulusan lebih tinggi.

Tidak salah untuk kita mengejar lebih banyak ilmu kerana kemajuan teknologi juga membuatkan para pengajar perlu seiring dengan zaman IT yang dilalui oleh para pelajar.

Kelebihan sambung ke peringkat ijazah sarjana

Dalam pada masa yang sama, wanita ini juga berkongsi beberapa kelebihan kepada mereka di dalam bidang pendidikan jika menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya:

1. Proses pengajaran semakin kreatif

Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, anda perlu membuat banyak kerja lapangan serta kajian untuk mendalami tentang sesuatu topik. Proses ini dapat memberikan pelbagai pengalaman yang boleh menjadikan pengajaran lebih kreatif serta jelas dan mudah difahami.

2. Persediaan untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsasah (PhD)

Sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), anda perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu. Proses bagi kedua-dua peringkat pendidikan juga hampir sama.

3. Perbezaan gaji mengikut tahap pendidikan

Senang kata, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi juga gaji mereka dalam sesuatu bidang.


Bila kita mengambil keputusan untuk sambung belajar, biarlah niatnya betul. Sebab bukan semua orang kuat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tamat. Pembelajarannya juga tidak sama seperti ketika anda di peringkat ijazah sarjana muda.

Jadi kepada anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, selamat maju jaya!

BACA JUGA: Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd