Ibu Hantar Anak Ke 6 Jenis Kelas Tambahan. Ini ‘Breakdown’ Bayaran Bulanan
Seorang ibu menghantar anaknya menyertai beberapa jenis kelas tambahan termasuk kelas renang, kelas robotik dan sesi mengaji.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Selain daripada menghantar anak ke tadika atau sekolah bagi mendapatkan pelajaran formal, ibu bapa juga boleh mendaftar anak ke pelbagai kelas tambahan.
Antara kelas tambahan yang anak-anak boleh sertai adalah kelas muzik, kelas bahasa dan aktiviti sukan. Anak-anak seawal tiga hingga empat tahun sudah boleh dihantar menyertai kelas tambahan untuk mengasah bakat terpendam mereka.
Seorang pengguna Twitter (@__loveshak) berkongsi kelas tambahan dihadiri anak-anaknya serta jumlah yuran yang dibayarnya bagi bulan ini.
Berdasarkan perkongsiannya, dua orang anaknya dihantar menyertai tiga jenis kelas tambahan iaitu kelas renang, Eye Level dan mengaji, manakala anak sulungnya yang berumur lapan tahun turut menghadiri kelas piano, taekwondo, dan robotik.
Renang RM160
— ✨Pendapat Terpaling Matter✨ (@__loveshak) July 3, 2023
Piano RM786
Eye level RM320
Tadika RM390
Robotic RM180
Taekwando RM145
Mengaji RM350
Selalu tak mahal pun camni. Tapi bln ni mahal skit sbb piano ambik exam dan beli buku baru. Taekwando sbb beli baju baru. Gitulah kdg2 ada kena byr lebih sbb ada special needs. Mcm…
Bayaran bagi kesemua kelas tambahan yang dihadiri kedua-dua anaknya termasuk yuran tadika bagi bulan Julai mencecah RM2,331. Menurutnya, bayaran menjadi sedikit mahal bagi bulan ini kerana perlu membuat bayaran tambahan bagi yuran ujian piano, buku piano baharu dan baju taekwondo baharu.
Kelas Tambahan Untuk Anak-Anak & Yuran Bulanan
Dia turut menyenaraikan enam jenis kelas tambahan yang disertai anak-anaknya serta bayaran bulanan bagi setiap kelas.
Renang murah gila sekali walk in RM10 sahaja sbb berenang beramai2 dan kat public swimming pool. Piano selalunya RM340 je sebulan. Robotic boleh cecah RM700 juga kalau kena beli robot baru tp kalau takde apa, RM180 je la.
— ✨Pendapat Terpaling Matter✨ (@__loveshak) July 3, 2023
Bagi kelas renang, dia membayar RM10 seorang bagi setiap sesi di sebuah kolam renang awam. Jumlah dibayar bagi dua orang anak untuk dua sesi seminggu adalah sekitar RM160 sebulan.
Kedua-dua anaknya dimasukkan ke kelas Eye Level, iaitu kelas pendidikan tambahan dari Korea Selatan, dan mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris serta Matematik. Yuran bagi dua orang anak dan dua mata pelajaran adalah RM320 sebulan bagi satu sesi (1 jam) seminggu.
Selain itu, anak sulungnya menyertai kelas piano di bawah ABRSM dengan bayaran bulanan sebanyak RM340. Bayaran ini adalah bagi satu jam setiap sesi dengan dua sesi seminggu, serta termasuk kos guru datang ke rumah.
So tak mahal la kan. Smggu 2x. Satu sesi sejam. Cikgu dtg rumah dgn kete and minyak sendiri 😂
— ✨Pendapat Terpaling Matter✨ (@__loveshak) July 3, 2023
Di samping itu, dia turut memanggil guru untuk mengajar anak-anaknya mengaji di rumah. Pada setiap sesi, anak sulungnya akan mengaji tiga muka surat al-Quran, manakala anak keduanya mempelajari satu muka surat Iqra’. Dia membayar RM350 kepada guru mengaji dan kadar ini merupakan pilihannya sendiri.
2 org, adik beradik. Quran 3 pages dgn iqra 1 muka surat
— ✨Pendapat Terpaling Matter✨ (@__loveshak) July 3, 2023
Kelas Robotik Sebagai Kelas Tambahan Bagi Anak
Mata pelajaran robotik merupakan perkara baru yang telah mula menarik perhatian orang ramai.
Anak sulungnya dihantar menyertai kelas robotik dengan yuran bulanan RM180 sebulan. Namun begitu, bayaran boleh mencecah RM700 jika terdapat keperluan membeli robot baharu.
Bagi yang curious, anak aku belajar apa kat kelas robotic dia, ni adalah intipati program yang dia ambil sekarang. Umur dia skrg 8 tahun, so dia ambik Kiddo Course. Aku start hantar dia last year. So ni tahun kedua la. pic.twitter.com/YnhKGKBfK1
— ✨Pendapat Terpaling Matter✨ (@__loveshak) July 3, 2023
Sebagai tambahan, robotik juga berkait dengan pengaturcaraan atau ‘programming’ dan mekatronik.
Seorang pengguna Twitter (@neyrashazeyra) berkongsi pengalaman mengajar kanak-kanak bagi kelas robotik. Dia pernah mengajar seorang kanak-kanak berumur tiga tahun yang berjaya menghasilkan robot mudah dengan pengaturcaraannya sendiri ketika hanya berusia enam tahun.
Ajar la anak2 coding sejak kecik
— N E Y R A (@neyrashazeyra) July 3, 2023
Masuk kelas robotic. Mechatronic. My kids at school dulu paling muda 3 tahun. By 6 years old dia dah boleh buat his first simple robot with his own programming. Otak budak mcm sponge mudah serap ilmu.
Ye saya cikgu robotic dulu kat KL hahahahah https://t.co/7Eej3SOfWQ
Seorang lagi pengguna Twitter lain (@IDMayasari) berkata dia mendaftar anaknya menyertai kelas VEX Robotics sejak berumur empat tahun. Anaknya mula mewakili Malaysia di dalam VEX Robotics World Championship apabila berumur 10 tahun dan telah memenangi banyak anugerah.
My son i enrolled in VEX Robotics dari umur 4 tahun. At aged 10 dia dah start compete dalam World Championship and dah menang banyak utk Msia. Now dah 13yo dah sapsapsoi je robotik ni.
— DianMayasari (@IDMayasari) July 4, 2023
Kelas & Aktiviti Yang Boleh Didaftarkan Bagi Bayi
Seorang pengguna Twitter (@kkkkayy11) turut berkongsi kelas yang bersesuaian bagi bayi atau anak berusia dua tahun ke bawah.
Sebab sekarang tengah hot issue hantar anak pg kelas kan, so I nak share lah kelas2 yg I hantar untuk Bayu, yg I rasa sangat membantu development dia sebab dia baby lagi kan. Ni dekat JB area ok!
— niskaynis (@kkkkayy11) July 3, 2023
Bagi menguatkan badan dan meningkatkan koordinasi badan serta kemahiran motor, bayi boleh didaftarkan ke gim bayi. Terdapat gim bayi yang menerima kemasukan bayi seawal usia empat bulan.
Dia telah menghantar anaknya sejak berusia sembilan bulan dan menjelang 14 bulan bayinya sudah boleh bergayut di bar selama 30 saat. Aktiviti lain yang dilakukan di gim bayi adalah gulingan ke hadapan yang membantu dalam keseimbangan bayi.
Di samping itu, bayi juga boleh dihantar menyertai kelas ‘messy play’. ‘Messy play’ adalah aktiviti yang dilakukan untuk bayi mengenali barang-barang serta sifatnya. Kelas ‘messy play’ yang dihantarnya adalah bagi bayi lebih 18 bulan, tetapi bayinya yang ketika itu baru berusia 12 bulan diizinkan untuk turut serta.
Malah, bayi juga boleh menyertai kelas seni yang membantu bayi dalam meningkatkan kemahiran motor. Menurutnya, bayinya ditinggalkan bersama cikgu selama dua jam untuk meneroka sendiri dan meningkatkan keyakinan.
Mungkin anda belum bersedia untuk menghantar anak ke taska, tetapi tahukah anda berkenaan sesi ‘playgroup’? Sesetengah taska mengadakan ‘playgroup’ yang dibuka kepada bayi atau kanak-kanak yang tidak berdaftar. Oleh itu, bolehlah ibu bapa membawa bayi ke sesi ini untuk memberi peluang bayi bermain bersama rakan sebaya.
Pengguna Twitter berkenaan berkongsi bahawa anaknya menerima pelbagai impak positif apabila menyertai kelas-kelas tersebut. Bayinya menjadi lebih yakin, tidak takut orang, riang, peramah dan mudah mesra. Malah, kemahiran motornya juga meningkat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.