Now Reading
[Video] “Dia Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Fiqh Autism Raih Pujian Ramai

[Video] “Dia Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Fiqh Autism Raih Pujian Ramai

Menurut Arif, autisme merupakan spektrum yang berbeza bermula daripada kategori ringan (mild) sehingga yang teruk (severe).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Tiada alasan untuk tidak belajar.”

Begitulah kata-kata dorongan yang sering didengari untuk mengalakkan seseorang agar terus menuntut ilmu tanpa kenal erti berputus asa.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu temu bual sebuah stesen radio tempatan, Zayan FM bersama seorang lelaki Autisme yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam bidang pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lelaki yang dikenali sebagai Nur Arif Jasmin berusia 32 tahun itu juga memiliki sijil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di universiti yang sama.

Fiqah Autisme dari pelajar Autisme

Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok @zayan.my, Arif juga dikatakan memiliki buku kajiannya yang tersendiri mengenai Fiqah Autisme.

Ketika ditanya mengapa mengambil Fiqah Austime sebagai kajian, Arif berkata perkara itu dilakukan atas kehendak dirinya sendiri memandangkan tiada lagi orang yang membahas mengenai hal tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh Arif menyebabkan penyanyi, Fynn Jamal berasa sebak memandangkan beliau juga mempunyai seorang anak autisme.

“Tepat, demi Allah saya cakap sebagai mak (miliki anak) autism susah sangat nak cari jawapan tentang Fiqah autisme.

“Baru semalam Fynn tanya ustaz (anaknya) Juna tentang fiqah autism, diorang sendiri tiada jawapan, masih dalam kajian,” kata Fynn.

Ketika Fynn meminta Arif untuk berkongsi mengenai kajiannya mengenai Fiqah Autisme, lelaki Istimewa itu kelihatan sedikit malu untuk menerangkannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Arif dengan sendirinya menceritakan sedikit ilmu yang diketahuinya.

Autisme ada yang mild dan severe, hukum sama seperti orang biasa jika tahu baik buruk

Ujar Arif, autisme merupakan spektrum yang berbeza bermula daripada kategori ringan (mild) sehingga yang teruk (severe).

“Kalau boleh bezakan antara baik dan buruk, hukumnya sama macam orang lain, tapi kalau dia autisme tak boleh beza baik dan buruk secara semula jadi, (maka) ulama silam kata orang yang mempunyai masalah berkomunikasi yang teruk dan pengurusan diri yang tidak cekap secara semula jadi dinamakan al atta

“Al atta itu (maksudnya) tak gila tapi dia tak matang, hukumnya sama macam kanak-kanak mumayyiz. Kalau dia jenayah atau kerosakan, ibu bapa yang kena ganti,” jelas Arif.

Orang autisme tak boleh buat transaksi jual beli dalam jumlah besar

Menurutnya lagi, orang autisme dalam kategori itu juga tidak boleh melakukan sebarang transaksi jual beli dalam jumlah yang besar.

Selain itu, Arif berkata orang autism juga perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin selain perlu menjelaskan kepada ahli keluarga bakal pasangan tentang keadaan diri yang sebenar agar tidak berlaku salah faham selepas kahwin.

Pun begitu, Arif berkata orang autisme digalakkan agar tidak berkahwin.

@zayan.my

MasyaAllah ! Hebatnya Arif dalam berbicara soal fiqh pada kita semua pagi ini. Malah lebih hebat dari yang kita yang normal ✨ #ZAYANshare #Fiqh #Autisme #Fiqah #Austistik #phd #Hebat #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN

Ramai kagum dengan kepintaran Arif

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan kepintaran ilmu fiqah austime yang dimiliki oleh Arif meskipun dia seorang yang Istimewa.

Tidak hanya itu, netizen turut memberikan pujian kepada Arif selain berharap agar lelaki terbabit dapat dijadikan contoh buat individu lain terutamanya generasi muda.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd