Angelina Jolie Luah Hasrat Pindah Ke Kemboja Kerana Kehidupan Di AS Toksik
Antara punca yang mendorong pelakon itu mahu berpindah ke negara Asia tersebut adalah kerana kes penceraiannya bersama Brad Pitt.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Siapa je yang tidak kenal dengan pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie. Membintangi filem The Tourist, Maleficent dan Mr. & Mrs. Smith, Angelina diminati orang ramai di seluruh dunia.
Bahkan, pelakon ini juga sering lantang bersuara dalam menyebarkan kebenaran tentang negara-negara ditindas oleh pihak musuh melalui peperangan.
Baca Artikel Berkaitan: Serang Kem Pelarian Jabalia Di Gaza, Angelina Jolie Selar Tindakan Israel
Angelina Ingin Tinggal Di Kemboja
Angelina Jolie menerusi satu temu bual bersama majalah WSJ sebelum ini, telah mendedahkan hasratnya untuk menetap di Kemboja atas sebab-sebab tertentu.
Katanya, dia tidak pernah merasakan bahawa Amerika Syarikat (AS) merupakan satu negara yang mengagumkan walaupun telah dibesarkan di sana bersama keluarga sejak kecil.
“Saya mencari sesuatu yang lebih asli. Saya akan pindah jika saya boleh,” ujarnya.
Tambah pelakon berusia 48 tahun itu, dalam kesemua negara dalam dunia, Hollywood merupakan lokasi yang paling ‘tidak sihat’.

Kes Cerai Bersama Brad Pitt Antara Puncanya
Buat mereka yang tidak tahu, Angelina sebelum ini pernah bergelar isteri kepada pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt pada tahun 2014.
Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila dilaporkan berpisah sejak April 2019.
Jelas Angelina, penceraian tersebut telah menjejaskan kehidupan di AS, termasuklah menjadi penghalang buatnya untuk mengembara secara bebas.
Bukan itu sahaja, kes penceraiannya bersama bekas suami memberi impak terhadap dunia kerjayanya di mana dia hanya tampil menerusi lima buah filem sahaja dalam masa tujuh tahun, memetik sumber Daily Mail.
Pendedahan kepada publisiti tentang kehidupan peribadinya turut mengakibatkan Angelina berasa derita.
Katanya, sekiranya dia tahu perkara sebegini bakal berlaku, Angelina tidak akan memilih untuk memulakan kerjaya dalam bidang lakonan.

Angelina Sakit Gara-gara Hadapi Fasa Penceraian
Angelina dalam masa sama memaklumkan kehidupan yang toksik di Hollywood dan fasa penceraian dengan Brad Pitt menyebabkan kesihatannya terjejas.
Kata Angelina, dia telah mengalami stres manakala kandungan gula dalam badan dikatakan naik dan turun.
“Saya juga tiba-tiba diserang Bell’s Palsy enam bulan sebelum bercerai,” dedahnya.
Untuk info, Bell’s Palsy melibatkan kerosakan dalam saraf muka yang menjadikan satu sisi muka seseorang itu berasa lemah.
Angelina Jolie Tubuhkan Jenama Fesyen & Kafe Di New York
Sementara menunggu detik pembebasan daripada segala penderitaan dilalui, dia bercadang untuk berpindah ke negara Asia tersebut selain memberikan fokus terhadap jenama fesyen yang baru sahaja ditubuhkan iaitu Atelier Jolie.
Penunuhan jenama Atelier Jolie turut dibantu oleh anak-anaknya Zahara dan Pax Thien Jolie-Pitt.
Kejayaanya dalam industri lain tidak terhenti si situ sahaja, Angelina juga kini dalam operasi untuk membuka sebuah kafe berpangkalan di bandar New York, AS yang diusahakan oleh tukang masak pelarian dan pendatang asing selain menganjurkan majlis-majlis berkaitan pendidikan.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Sangat Kecewa!” – Bapa Angelina Jolie Jijik, Anak Perempuan Sokong Palestin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram