Now Reading
“Saya Sangat Kecewa!” – Bapa Angelina Jolie Jijik, Anak Perempuan Sokong Palestin

“Saya Sangat Kecewa!” – Bapa Angelina Jolie Jijik, Anak Perempuan Sokong Palestin

Untuk info, John Voight juga merupakan penyokong terkemuka Donald Trump ketika masih memegang jawatan Presiden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bapa kepada pelakon terkenal antarabangsa, Angelina Jolie baru-baru ini telah meluahkan perasaan ‘jijik’ terhadap anak perempuannya itu yang kononnya ‘menyerang’ Israel dengan mendakwa tentera Zionis sengaja melakukan aktiviti pengeboman di kawasan awam sekitar Gaza.

Bapanya yang merupakan seorang yang terkenal sebagai penyokong Israel, John Voight meluahkan kekecewaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Angelina Jolie sekaligus mendakwa anak perempuannya itu dan juga orang-orang lain sememangnya tidak memahami kemuliaan dan kebenaran Tuhan.

Isu di sini ialah kemusnahan sejarah tanah Tuhan, Tanah suci, tanah Yahudi. Tentera Israel perlu melindungi tanah Israel dan rakyatnya – ini adalah peperangan. Ia tidak akan seperti yang difikirkan oleh (puak) Kiri; ia tidak akan menjadi budaya. Israel diserang melalui keganasan yang tidak berperikemanusiaan [terhadap] anak-anak, ibu, bapa, datuk dan nenek yang tidak berdosa. Dan kamu, orang bodoh berkata bahawa Israel adalah masalahnya? Kamu perlu melihat diri kamu sendiri dan bertanya: ‘Siapakah saya? Apakah saya?’

John Voight.

Untuk rekod, Voight memaklumkan perkara itu menerusi satu video dan dia merupakan seorang penyokong tegar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.


Penyokong Donald Trump Juga Rupanya…

Malah, selain menjadi seorang pelakon yang dikaitkan dengan Parti Republikan, Voight juga merupakan penyokong terkemuka Donald Trump ketika masih memegang jawatan Presiden.

Kita semua mahukan keadilan dan kasih sayang, tetapi ini tidak boleh berlaku dengan haiwan ini, yang mahu menghapuskan orang Yahudi dan Kristian dari muka bumi ini. Adalah satu pembohongan bahawa Israel membunuh orang yang tidak bersalah, tetapi mereka (Palestin) semua mempunyai pilihan untuk pergi.

John Voight.

Voight dalam masa yang sama mengatakan, “Kanak-kanak di bumi Palestin sedang dieksploitasi oleh haiwan ini, untuk buat semua orang berfikir bahawa Israel sedang mengambil nyawa dan ini sebenarnya rancangan Hamas.

“Untuk mencipta perang kebaikan melawan kejahatan,” dakwanya lagi.


Angelina Jolie Kecam Tindakan Kejam Israel

Umum sedia maklum, konflik peperangan di antara Palestin dan Israel telah berjaya membuka mata masyarakat di serata dunia.

Dengan jumlah kematian yang hampir mencecah puluhan ribu pada ketika ini, selebriti terkenal antarabangsa dan juga pempengaruh media sosial juga dilihat giat menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin.

#FreePalestine

Sokongan yang sama turut diberikan oleh selebriti terkenal antarabangsa iaitu Angelina Jolie di mana beliau mengecam sekerasnya tindakan Zionis yang mengebom kem pelarian Jabalia beberapa hari lalu.

Pelakon terkenal dari Amerika Syarikat itu turut berkongsi beberapa foto menunjukkan keadaan kediaman penduduk di Jabalia yang dilihat musnah sepenuhnya setelah dibedil oleh pesawat tentera penceroboh Israel.

““Ini adalah pengeboman disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap, yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri. Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan kini tempat pengebumian beramai-ramai.

“40% daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh anggota keluarga dibunuh.

“Ketika dunia sedang memerhati dan dengan sokongan aktif pelbagai kerajaan, berjuta-juta rakyat Palestin, kanak-kanak, wanita, keluarga yang tidak dibela dan dihina, sebaliknya dihukum dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” luahnya.


Death Toll (Gaza)

Untuk rekod, hampir 10,600 mangsa telah terbunuh dalam konflik peperangan Palestin dan Israel, di mana 9,061 mangsa merupakan rakyat Palestin dan lebih 1,538 pula adalah warga Israel.

Selain jumlah korban besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk di Gaza akibat kelakuan tidak berperikemanusiaan pihak Zionis pada ketika ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd