Anak Dr Maszlee Terima 6 Anugerah & Jadi Pelajar Pertama Asia Tenggara Raih CGPA 4.0 Di Qatar
Nusaybah Maszlee merupakan pelajar jurusan ijazah International Relations and Affairs, School of Foreign Services di Georgetown University di Doha, Qatar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Nama Malaysia kini lebih dikenali ramai apabila pelbagai kejayaan telah ditempa di persada antararabangsa oleh anak muda di universiti pengajian mereka.
Jasa mereka mengharumkan nama negara termasuklah dari bidang pendidikan, sukan, seni dan sebagainya.
Antara kejayaan yang membuatkan ramai rakyat Malaysia berbangga adalah apabila tiga orang pelajar tempatan diterima masuk ke sekolah pra-universiti Harvard University iaitu Harvard College untuk sesi akademik tahun 2027.
BACA JUGA: 3 Pelajar Malaysia Bakal Bergelar Siswa Di Harvard College
BACA JUGA: Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia
Nusaybah Maszlee Terima Enam Anugerah Siswa Cemerlang Dan Raih CGPA 4.0
Baru-baru ini, satu lagi kejayaan ditempa oleh pelajar Malaysia jurusan ijazah International Relations and Affairs, School of Foreign Services di Georgetown University di Doha, Qatar.
Memetik laporan Sinar Plus, pelajar tersebut yang bernama Nusaybah Maszlee merangkap anak perempuan kepada bekas Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee.
Gadis yang berusia 24 tahun ini telah menerima enam anugerah siswa cemerlang di Qatar termasuklah anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan dan tesis terbaik.
Lebih membanggakan lagi, anak sulung daripada empat adik beradik ini merupakan pelajar pertama Malaysia dan juga Asia Tenggara yang berjaya meraih CGPA 4.0 di universiti tersebut.
Ramai Ucap Tahniah Atas Anugerah Yang Diterima Oleh Nusaybah
Kejayaan yang ditempa oleh Nusaybah itu pastinya telah menggembirakan keluarganya termasuklah bapanya, Dr Maszlee Malik.
Menerusi laman Twitter (@maszlee), bekas Menteri Pendidikan ini berbangga dengan pencapaian anaknya dan memuat naik detik penuh bermakna itu di media sosial dengan kapsyen “Malaysia Boleh!”.
Malaysia Boleh! pic.twitter.com/rlTRpjNN7U
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) May 10, 2023
Kejayaan tersebut turut dikongsikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff di laman rasmi akaun Twitter miliknya (@raishussin).
Beliau juga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Dr Maszlee atas kejayaan yang ditempa oleh anak sulungnya itu.
Nusaybah Maszlee, menggondol 6 anugerah siswa cemerlang Georgetown University Qatar. Pelajar Malaysia & Asia Tenggara pertama yg mendapat CGPA 4.0, mendapat Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang … Congrats @maszlee & family ! pic.twitter.com/sd558lZiCS
— Dr. Rais Hussin (@raishussin) May 9, 2023
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang turut mengucapkan tahniah dan kagum dengan pencapaian Nusaybah yang membuatkan ramai tertanya-tanya tips di sebalik kepandaiannya.
Walaupun hanya berusia 24 tahun, tetapi Nusaybah berjaya membuktikan bahawa dia boleh mengharumkan nama Malaysia dan keluarganya dalam bidang pendidikan.
Semoga kejayaan ini memberikan suntikan semangat kepada masyarakat di luar sana untuk menggapai impian dan cita-cita pada masa akan datang, bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Nusaybah Maszlee atas kejayaan anda ini!
BACA JUGA: Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Menulis Haiku Di Argentina. Power!
BACA JUGA: Dua Pelajar Malaysia Tajaan MyPAC Berjaya Cipta Nama Dalam Peperiksaan ACCA. Syabas!
BACA JUGA: Dua Pelajar Universiti Utara Malaysia Harumkan Nama Negara, Peroleh Markah Tertinggi Kertas ACCA
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.