Kek Birthday Ke-31 Khairul Aming Jadi Tumpuan, Ramai Netizen Berdekah
Lukisan gambar pada kek hari lahir milik Khairul Aming itu menunjukkan reaksi wajahnya ketika jualan Sambal Nyet yang ‘laku keras’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun usianya masih muda, cef selebriti dan influencer terkenal Khairul Aming telah mengecapi pelbagai kejayaan melibatkan perniagaannya iaitu Sambal Nyet.
Sebelum bergelar ‘content creator’ juga, boleh dikatakan macam-macam jenis rintangan yang dilalui oleh Khairul Aming. Bermula dari lantai hingga ke studio, akhirnya ia membuahkan hasil.
Selain itu, influencer dengan tagline ‘Hey what’s up guys’ turut terkenal dengan segmen ’30 Hari 30 Resepi’ semasa bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Dedah Kenapa Penting Buat ‘Livestream’ Untuk Majukan Bisnes
Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun
Kek Hari Jadi Ke-31 Milik Khairul Aming Ada Lukisan Gambarnya Dengan Wajah Terkejut
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @khairulaming), Khairul Aming baru sahaja menyambut hari lahir ke-31 hari ini (25 September) dan sempat bergambar bersama kek hari jadinya.
Dia juga dilihat memegang trofi yang diterimanya semasa dinobatkan pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023.
Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah lukisan pada kek hari jadinya.
Gambar pada kek itu adalah reaksi wajahnya semasa terkejut melihat jualan Sambal Nyet ‘laku keras’ di platform Shopee.
Selamat hari jadi yang ke 31 wahai khairulaming 🤝 pic.twitter.com/xrTEnGOC59
— Khairulaming (@khairulaming) September 25, 2023
Netizen Terhibur Lihat Lukisan Gambar Pada Kek Hari Jadi Khairul Aming
Perkongsian gambar dimuat naik oleh Khairul Aming telah menarik perhatian ramai netizen di media sosial yang rata-ratanya terhibur melihat lukisan gambar pada kek hari jadi milik Khairul Aming.
Siap ada yang komen bergurau dan bertanya mengapa lukisan hidung itu terlalu besar.
Di samping itu, orang ramai turut mengucapkan ‘happy birthday’ kepada cef selebriti berkenaan sempena hari lahirnya.

Team TRP juga mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ kepada Khairul Aming yang ke-31 dan semoga lebih banyak kejayaan yang ditempa oleh usahawan ini pada masa akan datang.
Siapa Sebenarnya Khairul Aming Ini?
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berusia 31 tahun merupakan pengasas kepada perniagaan Sambal Nyet yang mula diusahakan bermula pada tahun 6 Januari 2021.
Khairul Aming yang dilahirkan pada 25 September 1992 sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai ‘content creator’ sejak berumur 26 tahun dengan mewujudkan laman Facebook Rasapop.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya, cef selebriti ini gigih untuk bangkit semula dalam menghasilkan konten masakan serta membuka perniagaan.
Kisah tentang pengalaman hidup Khairulaming ini cukup memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk tidak mudah berputus asa.
Jadi untuk anda semua, teruskan perjuangan dalam apa sahaja bidang dan good luck!
Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun
Sumber: Twitter Khairul Aming
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.