Now Reading
Pelajar Cemerlang Gagal Diterima Masuk Ke UM, Mohon Surat Sokongan Dari Ahli Politik

Pelajar Cemerlang Gagal Diterima Masuk Ke UM, Mohon Surat Sokongan Dari Ahli Politik

Thasven berjaya memperoleh keputusan A dalam kesemua subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi tetapi gagal diterima masuk ke program perubatan di Universiti Malaya (UM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penempatan universiti awam sentiasa menjadi topik perdebatan di Malaysia.

Setiap tahun, pasti kita akan mendengar kisah tentang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di sekolah tetapi gagal untuk diterima masuk ke dalam kursus diidamkan.

Sebaliknya, rakan-rakan mereka yang tidak mendapat cemerlang pula ditawarkan penempatan universiti dengan lebih mudah.


Pelajar Mengadu Tidak Diterima Masuk Ke Program Perubatan Meskipun Peroleh Keputusan Cemerlang

Terbaharu, seorang pengguna X (Twitter @ThasvenR) adalah antara salah seorang pelajar yang dikatakan menghadapi masalah sama.

Dia telah memperoleh gred A dalam kesemua subjek di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta semasa menuntut pengajian matrikulasi dengan skor merit 100%.

Walaupun keputusannya membanggakan, tetapi dia tidak diterima masuk ke dalam mana-mana univeristi pilihannya.

Susulan itu, pelajar dikenali sebagai Thasven Raj itu memohon agar mana-mana ahli politik untuk menulis surat sokongan bagi membolehkannya diterima masuk ke dalam program perubatan di Universiti Malaya (UM).

Dalam ciapan yang dimuat naiknya, dia juga telah menyebut Ahli Parlimen Ampang iaitu Rodziah Ismail untuk mendapatkan perhatiannya.

Thasven yang dibesarkan oleh ibu tunggal berkata, belajar di Universiti Malaya adalah impiannya sejak berusia 13 tahun kerana institusi tersebut adalah universiti yang berprestij dan dipenuhi dengan pensyarah berkelayakan tinggi.

Selepas apa yang berlaku, Thasven memberitahu bahawa dia tidak kisah untuk belajar di mana-mana universiti awam dengan harapan dapat mengejar impiannya untuk bergelar seorang doktor.

Thasven menyatakan minatnya dalam subjek Biologi serta bidang perubatan kerana mahu membantu orang ramai.


Rayuan Thasven Raih Perhatian Beberapa Ahli Politik Untuk Membantunya

Ciapan yang dimuat naik oleh Thasven telah menarik perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasibnya dan telah memberikan beberapa nasihat.

Thasven juga memberitahu beberapa ahli politik telah menghubunginya dan berharap mereka dapat menyelesaikan isu ini.

ADUN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet telah bertemu dengan Thasven untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju untuk menulis surat sokongan.

Ketua Parlimen MUDA Ampang Rahmat Amran turut membuat keputusan untuk melakukan perkara sama seperti Altimet.


Isu Konstroversi Melibatkan Sistem Kuota Universiti

Isu sistem kuota universiti awam telah banyak kali diperkatakan selama ini.

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada majlis Temu Anwar bahawa pemansuhan sistem kuota universiti akan menyebabkan kerajaan kalah pada pilihan raya.

Beliau meminta orang ramai untuk memahami semula tentang sejarah dan kontrak sosial apabila mahu mengubah mana-mana dasar.

Sumber: MalayMail

Anwar juga membayangkan bahawa sistem meritokrasi adalah berbeza bagi setiap individu kerana berdasarkan beberapa faktor seperti keadaan kewangan seseorang dan peluang pendidikan mereka.

Selain itu, beliau telah menugaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mencari pelajar kurang berkemampuan yang cemerlang dalam pelajaran.

Artikel Berkaitan: “Kalau Sistem Kuota Dimansuhkan, Kami Kalah Semua Pilihan Raya” – Anwar Ibrahim Jawab Soalan Pelajar Matrik

Artikel Berkaitan: Persatuan Graduan Bukan Bumiputera Anggap Jawapan Anwar Ibrahim Tentang Isu Sistem Kuota Universiti Bersifat Sementara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd