Now Reading
Scalper ‘Sapu Habis’ Bidaan No Plat, Sharnaaz Berang Sistem JPJeBid Tak Adil

Scalper ‘Sapu Habis’ Bidaan No Plat, Sharnaaz Berang Sistem JPJeBid Tak Adil

Salah satu no plat yang pada asalnya dibida RM3,000, dijual balik dengan harga yang tidak masuk akal iaitu sejumlah RM5,000.

sharnaaz no plat kenderaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada mereka yang baharu sahaja membeli kenderaan, pasti teringin nak mendapatkan nombor plat yang cantik.

Mana tidaknya, selepas berusah-payah nak dapatkan kereta idaman, sudah tentu anda mahukan plat kenderaan mengikut nombor dan huruf kegemaran.

Khusus buat warganegara Malaysia, Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ) telah melaksanakan satu sistem atas talian yang membolehkan anda membuat bidaan nombor plat kenderaan menerusi aplikasi JPJeBid.


Sistem JPJeBid Tidak Adil, Sharnaaz Bengang Scalper Jual Balik Bidaan No Plat Dengan Harga Tinggi

Baru-baru ini, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Mamu telah meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap sistem JPJeBid secara atas talian yang dilaksanakan oleh pihak JPJ.

Menerusi hantaran video di akaun Instagram miliknya (@sharnaazahmad), pelakon ini bengang apabila kebanyakan orang awam yang ingin membida no plat kenderaan di portal tersebut sering dipintas oleh ‘ulat tiket’.

Menurut penjelasan Mamu dalam video berkenaan, JPJ didakwa sering memberi keutamaan kepada ‘ulat tiket’ yang majoritinya berbangsa Cina dan berasa situasi ini adalah tidak adil.

“Minta maaf cakap, aku bukannya rasis. Aku ada banyak kawan Cina”, jelas Sharnaaz dengan nada kecewa.

Sumber: Instagram (@sharnaazahmad)

“DM me to buy”, inilah antara ungkapan ‘ulat tiket’ yang akan menjual no plat kenderaan dibida dengan harga yang jauh lebih mahal.

Salah satu no plat yang pada asalnya dibida RM3,000, dijual balik dengan harga yang tidak masuk akal iaitu sejumlah RM5,000.

Dalam pada itu, aktor ini menyeru Pengarah JPJ dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk memperbaiki sistem JPJeBid dan menyekat golongan ‘scalper’ daripada mendominasikan bidaan no plat kenderaan pada masa akan datang.


Reaksi Netizen Terhadap Luahan Mamu Di Instagram

Menjengah ke ruangan komen video yang dikongsi, rata-rata warganet yang pernah mengalami situasi yang sama bersetuju bahawa sistem JPJeBid tidak sistematik dan kurang adil.

Bukan itu sahaja, ada juga yang siap memberikan cadangan kepada pihak pengurusan JPJ untuk menambah syarat membida no plat iaitu no plat yang dibeli tidak boleh dijual atau ditukar milik dalam masa beberapa tahun.

Sumber: Instagram (@sharnaazahmad)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Bid No Plat Kenderaan?

Bagi mereka yang teringin untuk dapatkan no plat kenderaan yang cantik, jom kami kongsikan beberapa info penting tentang proses pembidaan melalui JPJeBid.

  • Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/
  • Tiada bayaran deposit dikenakan namun, pembida harus membayar harga minima atau lebih bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida buat kali pertama.
  • Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah PreAuthorization.
  • Sebanyak RM 10.00 akan dikenakan untuk caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. 
  • Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000

Baca Artikel Berkaitan: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB

Baca Artikel Berkaitan: Nombor Plat Siri Merdeka Diperkenal Oleh JPJ, Bidaan Dibuka Mulai 31 Ogos

Sumber: Instagram (@sharnaazahmad) | eCentral


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd