Now Reading
“Nak Tengok Dah Sunat Ke Belum” – Pekerja Restoran Didakwa Tarik Seluar Budak Lelaki Di Tandas

“Nak Tengok Dah Sunat Ke Belum” – Pekerja Restoran Didakwa Tarik Seluar Budak Lelaki Di Tandas

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan pergi ke tandas sebuah kedai makan di Semenyih seorang diri sebelum seluarnya didakwa ditarik oleh pekerja premis.

seluar anak ditarik pekerja kedai makan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gangguan seksual bukan sahaja boleh berlaku kepada golongan dewasa, malah ia juga kini semakin membimbangkan apabila kanak-kanak turut menjadi mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab di luar sana.

Isu ini telah membuatkan para ibu bapa semakin merisaukan keselamatan anak-anak kecil mereka.

Lebih mengejutkan lagi, terdapat patung seks berupa kanak-kanak yang tular sebelum ini dijual di platform atas talian.

Artikel Berkaitan: Patung Seks Berbentuk Kanak-kanak Didakwa Dijual Di Platform Online Terkenal Bikin Ramai Netizen Bengang


Seluar Anak Lelaki Didakwa Ditarik Oleh Pekerja Kedai Makan

Berbicara tentang gangguan seksual, baru-baru ini seorang bapa menceritakan pengalaman buruk berlaku kepada anak lelaki berusia lapan tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Facebook Triple J Merah di grup ECO MAJESTIC SEMENYIH CITIZEN, lelaki itu mendedahkan anak lelakinya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pekerja restoran di Semenyih.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika anak lelakinya ke tandas seorang diri untuk membuang air saat ahli keluarga yang lain sedang menjamu selera di restoran tersebut.

Selepas anaknya kembali dari tandas, kanak-kanak berkenaan dipercayai menangis secara tiba-tiba dan berdiam diri apabila ditanya.

Namun segalanya mula terbongkar apabila kanak-kanak itu bercerita ketika mereka sudah menaiki kereta.

Kanak-kanak terbabit mendakwa salah seorang pekerja di restoran yang mereka kunjungi itu telah menarik seluarnya ketika berada di dalam tandas seorang diri.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan selepas pekerja itu bertanya sama ada mangsa sudah sunat atau belum.

Gambar sekadar hiasan.

Selepas terkejut mendengar kisah sebenar, ibu bapa kanak-kanak itu bergegas semula ke restoran terbabit dan bersemuka dengan pekerja yang melakukan sedemikian kepada anak mereka.

Memang saya patah balik dan tegur pekerja tersebut. Tapi pekerja tu macam tak ada buat salah apa-apa pun. Budak-budak kecil ni, mana pandai berbohong.

Bapa kepada kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Isu yang berlaku menyebabkan bos kepada pekerja tersebut tampil meminta maaf kepada bapa mangsa.


Ibu Bapa Kanak-kanak Terbabit Mahu Buat Laporan Polis

Pada awalnya, ibu bapa kepada mangsa mahu membuat laporan polis berkaitan kes yang berlaku. Mereka kemudiannya membatalkan niat tersebut kerana tidak mahu merosakkan perniagaan seseorang.

Walau bagaimanapun selepas berbincang semula, mereka menyambung kembali hasrat untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis kerana bimbang jika kes ini berlaku kepada orang lain.

Dalam pada itu, si bapa turut menasihati orang ramai untuk menemani anak-anak untuk ke tandas di premis luar rumah bagi melindungi keselamatan mereka.


Netizen Cadang Buat Laporan Polis Untuk Tangkap Pelaku Yang Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Kepada Kanak-kanak

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyuruh si bapa membuat laporan polis untuk membolehkan tindakan sewajarnya diberikan kepada pekerja restoran terbabit.

Netizen juga berpendapat kes yang berlaku ini boleh menyebabkan mangsa terganggu.

Meskipun perkara ini mungkin dilakukan dengan tujuan bergurau, ia perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak sesuka hati berbuat demikian.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kepentingan Memberi Pendidikan Seksual Kepada Kanak-kanak

Pendidikan seksual sebelum ini dipandang serong oleh sesetengah masyarakat kerana menganggap pembelajaran berkenaan seolah-olah mempromosikan perlakuan tidak baik dalam golongan muda.

Stigma masyarakat Malaysia ini perlu ditolak berikutan peningkatan jenayah seksual yang berlaku terutamanya melibatkan kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak juga perlu diberi pendedahkan sejak kecil lagi tentang batasan serta sentuhan yang tidak selamat.

Antara perkara penting yang perlu ditekankan adalah tentang bahagian sensitif yang tidak boleh sesuka hati disentuh oleh orang lain seperti mulut, dada, punggung dan alat sulit.

Pendidikan seksual bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

Artikel Berkaitan: [Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

Artikel Berkaitan: Kemaluan Anak Disentuh Individu Tak Dikenali, Ibu Ini Luah Rasa Kesal

Sumber: Facebook ECO MAJESTIC SEMENYIH CITIZEN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd