Now Reading
Patung Seks Berbentuk Kanak-kanak Didakwa Dijual Di Platform Online Terkenal Bikin Ramai Netizen Bengang

Patung Seks Berbentuk Kanak-kanak Didakwa Dijual Di Platform Online Terkenal Bikin Ramai Netizen Bengang

Lebih membimbangkan lagi, salah satu patung seks yang dibeli oleh pelanggan menunjukkan kanak-kanak perempuan memakai pakaian seragam sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan semakin meningkat hari demi hari dan sudah pastinya isu ini membimbangkan ramai ibu bapa di luar sana.

Tidak kiralah anak itu lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya berpotensi untuk menjadi mangsa kelakuan terkutuk oleh individu tidak bertanggungjawab di luar sana.

BACA JUGA: Kemaluan Anak Disentuh Individu Tak Dikenali, Ibu Ini Luah Rasa Kesal


Patung Seks Berupa Kanak-kanak Dijual Di Platform Shopee

Namun baru-baru ini menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (@masitah96), wanita ini mendedahkan beberapa produk jualan di platform atas talian, Shopee yang cukup mengejutkan orang ramai.

Mana tidaknya, produk yang dijual itu merupakan patung berbadan kanak-kanak yang digunakan untuk tujuan memuaskan nafsu seksual seseorang.

Pengguna wanita itu menceritakan rakannya yang sedang mencari barangan di platform tersebut terjumpa peniaga yang menjual patung seks.

Namun, patung seks yang dijual itu berbentuk kanak-kanak!

Patung Disarungkan Baju Sekolah Rendah

Lebih membimbangkan lagi, salah satu patung seks yang dibeli oleh pelanggan menunjukkan kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah yang dipakai oleh murid sekolah di Malaysia.

Jelas warna uniform itu merujuk kepada baju sekolah rendah yang biasa digunakan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Bukan satu kedai sahaja yang menjualnya. Tetapi ada banyak lagi kedai yang berniaga barangan sama iaitu patung seks berupa kanak-kanak.


Netizen Luah Rasa Jijik Dengan Jualan Patung Seks Berbentuk Kanak-kanak Di Shopee

Pendedahan yang dilakukan oleh pengguna Twitter itu mendapat pelbagai reaksi kurang senang dari orang ramai kerana menganggap perkara itu sesuatu yang menjijikkan.

Perkara ini turut membimbangkan para ibu bapa apabila melihat ada patung yang dipakaikan dengan pakaian seragam murid sekolah perempuan berbaju kurung.

Sementara itu, ramai juga yang meminta wanita tersebut untuk membuat laporan akaun berkenaan kepada pihak Shopee supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan segera untuk membanteras jualan produk tersebut.

Difahamkan, laporan telah pun dibuat kepada pihak Shopee dengan mendakwa perniagaan itu membawa unsur ‘pedophile’ kerana menggalakkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.


Shopee Terima Laporan Berhubung Penjualan Patung Seks Berupa Kanak-kanak Di Platform Mereka

Susulan tularnya tentang penjualan patung seks berupa kanak-kanak di platform Shopee, pihak mereka telah memberi respon kepada ciapan tersebut dengan memaklumkan akan menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya kepada peniaga.

Menerusi kenyataan media dari pihak Shopee, mereka memaklumkan posting jualan patung seks berupa kanak-kanak itu sudah pun dipadam dan peniaga terlibat telah dilarang untuk menjual di platform tersebut.

Malah, Shopee juga sedang melakukan siasatan terhadap pemilik akaun yang terlibat dalam menjual produk itu.

Shopee akan sentiasa komited untuk memberikan pengalaman membeli secara atas talian yang selamat, boleh dipercayai serta seronok kepada para pelanggan dan tidak akan bertoleransi dengan penjualan barangan terlarang.

Ini kerana pihak Shopee akan memastikan peniaga yang menjual di platform mereka mematuhi polisi yang ditetapkan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya melanggar peraturan ditetapkan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd