Now Reading
Kemaluan Anak Disentuh Individu Tak Dikenali, Ibu Ini Luah Rasa Kesal

Kemaluan Anak Disentuh Individu Tak Dikenali, Ibu Ini Luah Rasa Kesal

Menurutnya, ketika itu dia serta seorang rakannya telah membawa anak-anak lelaki mereka yang mana kedua-duanya berusia 9 tahun untuk menonton wayang di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

kes jenayah seksual kanak-kanak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, jenayah seksual ataupun amang seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan semakin meningkat saban hari. Isu ini juga tidak dapat dinafikan menaikkan lagi kerisauan ibu bapa.

Tidak kiralah anak itu lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya berpotensi untuk menjadi mangsa kelakuan terkutuk oleh individu tidak bertanggungjawab di luar sana.

BACA JUGA: [Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

Untuk rekod, pesalah yang disabitkan dengan aktiviti-aktiviti berkenaan boleh dijatuhkan hukuman mengikut Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) atau  dibawah kanun keseksaan.

Di antara hukuman yang akan dikenakan di bawah kanun keseksaan adalah seperti berikut:

  • Penjara (max 10 tahun atau 30 tahun) dan sebatan: Kesalahan rogol bawah umur (16 tahun ke bawah) @ hubungan seksual dengan perempuan (12 tahun ke bawah).
  • Penjara (max 10 tahun atau 30 tahun) dan sebatan: Kesalahan Sumbang mahram.
  • Penjara (max 20 tahun): Kesalahan Liwat.
  • Penjara (max 10 tahun) dan sebatan: Kesalahan Cabul.

Manakala, hukuman yang akan dikenakan di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah seperti berikut:

  • Penjara (max 30 tahun) – Kesalahan Pornografi.
  • Penjara (max 10 tahun) – Kesalahan Komunikasi secara seksual.
  • Penjara (max 5 tahun) & Sebatan – Kesalahan Pengantuan Kanak-kanak.
  • Penjara (max 10 tahun) & Sebatan – Kesalahan Perjumpaan selepas pengantuan.
  • Penjara (max 20 tahun) & Sebatan – Kesalahan Amang seksual fizikal.

Ibu Luah Rasa Kesal, Kemaluan Anak Dipegang Oleh Individu Tidak Dikenali

Pada 28 Februari lalu, seorang pengguna Facebook (Shuhadah Khalill) menerusi satu hantaran di laman tersebut telah memuat naik status panjang lebar menjelaskan apa yang telah berlaku kepada anak serta anak kepada rakannya.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum hantaran tersebut dimuat naik iaitu 27 Februari 2023.

Menurutnya, ketika itu dia serta seorang rakannya telah membawa anak-anak lelaki mereka yang mana kedua-duanya berusia 9 tahun untuk menonton wayang di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Mereka tiba di pusat membeli-belah berkenaan sekitar dua jam sebelum tayangan movie bermula. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk membawa anak-anak mereka makan terlebih dahulu sementara menunggu.

“So, kami pun decide untuk lunch dulu. Setelah selesai order makanan dan makanan pun dah sampai di meja, anak saya lelaki 9 tahun bersama anak kawan saya bernama H, juga lelaki 9 tahun, nak basuh tangan before makan.

“Memandangkan kedai makan tu tak ada sinki yang disediakan khusus untuk pelanggan, jadinya mereka kena basuh tangan di dalam kitchen restoran tersebut. Okay jap. Kitchen tu adalah kegunaan staff mereka untuk basuh pinggan and all, dan kitchen tu tertutup ya sebab berpintu. Bukan open kitchen.

“Then, anak saya dan H berdua pergi masuk ke kitchen untuk basuh tangan. After they came back, masa kat meja, H tanya anak saya “Awak, orang lelaki tu ada pegang awak punya ni tak (sambil tunjuk kemaluannya)?”. Anak saya jawab “tak ada pun. Kenapa? Dia pegang awak punya ke?”. H jawab “aah dia pegang,” jelas anaknya.


Masih Husnuzon Mungkin Suspek Hanya Terpegang Tanpa Disengajakan

Dia ketika itu masih bersangka baik dengan perkara yang diceritakan oleh anak rakannya itu meskipun sudah berulang kali bertanyakan soalan sama dan masih menerima jawapan yang tetap.

Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila anak lelakinya itu kembali ke ruangan dapur berkenaan untuk mencuci tangan, tak sampai dua minit, anaknya berlari ke arah ibunya sambil menjerit, “Mama! Mama! Orang tu pegang penis saya pulak! Dan dia gelak!”

Sejurus mendengar aduan anaknya, dia terus bangun dari kerusi dan menuju ke dapur berkenaan.

“Ehhhhhhh. Ini bukan tak sengaja dah ni. Ini bukan terlanggar dah ni. Ini memang DISENGAJAKAN! Saya terus bangun dari bangku saya, menuju ke kitchen restoran. Saya suruh anak saya dan H tunjukkan wajah orang tu. Kali ini saya takkan berdiam diri. Tadi dia buat kat anak kawan saya, sekarang anak saya pula.

“Dia memang mengejutkan ‘singa’ dalam diri saya. Dah lah tuan suami saya dan suami kawan saya sedang bekerja. Saya tahu anak saya sedang mengharapkan saya untuk do something to that culprit.

“Dan saya yakin, ada ramaiiiii ibu-ibu yang akan bertindak seperti saya demi membela anak kita. Terus saya ‘bahasakan’ orang itu sepuas hati saya. Saya suruh supervisor dia maklumkan pada manager dan saya kembali ke tempat duduk saya,” jelasnya.


Urusan Bersama Pihak Polis Bermula

Untuk membela nasib kanak-kanak yang telah diperlakukan secara kotor itu, wanita tersebut membuat keputusan untuk mencari polis bantuan di pusat membeli-belah berkenaan bagi melakukan tindakan lanjut termasuklah membuat laporan polis.

“Saya terus tinggalkan meja makan dan cari polis untuk selesaikan. Saya tabik hormat polis bantuan di pusat beli belah tersebut. Mereka bertindak sangat pantas dan tegas,” katanya.


Nasihat Ringkas Buat Ibu Bapa

Wanita itu mengakhiri hantaran panjang tersebut dengan menasihati orang ramai supaya dapat menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran.

Antara nasihat-nasihat penting dan berguna untuk ibu bapa di luar sana adalah:

  • Saya merayu pada ibu ayah di luar sana, stand for your children. Jika keadaan perlu bawa ke pihak atasan, please do so. Saya faham karenah birokrasi yang terlalu renyah dan leceh ini, yang mengambil masa sangat panjang. The point is, do something walaupun perkara berlaku hanya sekelip mata.
  • Percaya dengan apa yang anak ceritakan. Jangan meragui mereka. Jika mereka bercerita pada kita, itu tandanya mereka percaya pada kita. Biarlah orang lain sebut anak kita “kaki report”, atau “sikit-sikit nak mengadu”, yang penting kita tahu apa yang berlaku pada mereka. Untuk dunia yang makin tenat ini, biarlah anak kita mengadu semuanya pada kita.
  • Buatkan anak-anak kita berasa selamat dengan kita. Biar anak kita tahu yang kita akan lakukan apa saja untuk pertahankan diri mereka, untuk keselamatan diri mereka.
  • Gunakan panggilan sebenar untuk alat sulit anak-anak. Jangan beri nama panggilan pada alat sulit mereka. Biasakan mereka untuk menyebut alat sulit mereka seperti zakar, faraj, penis, vagina, testis, atau labia. Explain their private part. Ajarkan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Hal ini sangat penting dalam keadaan memerlukan.

Dia juga yakin bahawa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini kerana menurutnya, tiada apa yang berlaku dengan sia-sia.

“Saya yakin ada hikmah dari Allah atas apa yang berlaku. Tidak ada sesuatu itu berlaku dengan sia-sia. Allah izin ini berlaku, bermakna Allah mahu kita semua belajar sesuatu dari kejadian ini,” ujarnya lagi.

BACA JUGA: “Gangguan Seksual Adalah Kes Serius” – Menteri Perjelas Isu Tular Dakwa Wartawan Salah Tafsir


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd