Now Reading
[Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

[Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

Cikgu Ferdy memberi pendedahan kepada murid-muridnya dalam pendidikan seksual tentang beberapa bahagian sensitif yang tidak boleh disentuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pendidikan seksual sebelum ini dipandang serong oleh sesetengah masyarakat kerana menganggap pembelajaran berkenaan seolah-olah mempromosikan perlakuan tidak baik dalam golongan muda.

Stigma masyarakat Malaysia ini perlu ditolak berikutan peningkatan jenayah seksual yang berlaku terutamanya melibatkan kalangan kanak-kanak.

BACA JUGA: Disyaki Cabul Pelajar 11 Tahun, Pemandu Van Sekolah Ditahan Polis

Kanak-kanak ibarat kain putih yang suci dan mereka perlu diberi pendedahkan sejak kecil lagi tentang batasan serta sentuhan yang tidak selamat.

Cikgu ajar murid sekolah rendah tentang sentuhan tidak selamat

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pakar motivasi di laman Twitter miliknya (akhifairuz_), seorang guru lelaki dipercayai mengajar di sekolah rendah dilihat sedang mengajar anak muridnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Dalam pengajarannya itu, guru berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Ferdy memberi pendedahan kepada murid-muridnya tentang sentuhan fizikal yang tidak selamat disentuh oleh individu tidak dikenali.

Antara bahagian sensitif yang diberi perhatian adalah seperti mulut, dada, punggung dan alat sulit.

Ramai puji cara cikgu mengajar

Walaupun subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) bukanlah mata pelajaran yang memerlukan pemikiran kritis, tetapi nak memberi fahaman yang betul kepada golongan kanak-kanak agak sukar juga.

Namun cara guru ini mengajar anak muridnya tentang pendidikan seksual dipuji oleh orang ramai kerana mudah difahami dalam suasana yang santai.

Ramai juga yang memuat turun video tersebut untuk diberikan kepada anak-anak mereka.


Pendidikan seksual bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan yang perlu diberi pendedahan sejak kecil lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi dan peningkatan jenayah seksual pada zaman sekarang.

Diharapkan para ibu bapa dapat memberi pendedahan yang sama kepada anak-anak agar mereka dapat melindungi diri ketika berada di luar pengawasan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd