Now Reading
“Insiden Paling Kelakar Pernah Aku Tengok” – Netizen Terhibur 2 Individu Bertikam Lidah Atas Jalan, Akhirnya Berdamai

“Insiden Paling Kelakar Pernah Aku Tengok” – Netizen Terhibur 2 Individu Bertikam Lidah Atas Jalan, Akhirnya Berdamai

Pemandu berbangsa Cina mualaf itu sempat menjawab salam yang diberikan oleh penunggang motosikal sebelum menyambung makiannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali berada di jalan raya, pasti akan ada sahaja kerenah penunggang motosikal mahupun pemandu kereta yang tidak mematuhi peraturan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ketika berada di jalan raya adalah seperti tidak memberi isyarat ‘signal’ semasa mahu menukar laluan dan membuat pusingan ‘U’ di kawasan yang tidak sepatutnya.

Senang kata, memang kena banyak bersabar apabila berada di atas jalan raya.

Artikel Berkaitan: Anggota Polis Dilanggar Lari Oleh Sebuah Proton Saga Di Lebuhraya Persekutuan

Artikel Berkaitan: Tak Sampai 6 Jam, Kereta Nissan GTR 35 Milik Pengasas Muiz Chicken Remuk Dalam Kemalangan


Penunggang Motosikal Lakukan Pusingan ‘U’ Di Kawasan Yang Salah Buat Pemandu Kereta Bengang

Menerusi video tular dimuat naik di laman Twitter (@ciraplaici), kemalangan dipercayai hampir berlaku apabila seorang penunggang motosikal dilihat selamba membuat pusingan ‘U’ di kawasan tidak sepatutnya.

Lebih membimbangkan lagi, tindakan penunggang motosikal yang tidak berhelmet itu menyebabkan seorang pemandu kereta terpaksa menekan brek secara mengejut.

Disebabkan bengang dengan situasi yang berlaku, pemandu itu mengejar penunggang motosikal.

Sumber: Twitter @ciraplaici

Ketika menghampiri penunggang motor, pemandu itu membuka tingkap keretanya dan mengeluarkan kata-kata kesat. Namun, dia sempat menjawab salam yang diberikan dari penunggang motosikal sebelum menyambung makiannya.

Difahamkan, pemandu tersebut memberitahu dia membawa anaknya bersama di dalam kereta ketika kejadian berlaku.

Menyedari kesalahan yang dilakukan, penunggang motosikal meminta maaf selepas mengakui kesalahannya yang membuat pusingan ‘U’ di tempat yang salah walaupun sudah memberi isyarat ‘signal’.

Namun, situasi mula kelam-kabut apabila anak kecil pemandu terbabit tiba-tiba menangis dan membuatkan penunggang motosikal cemas dan membantu untuk menenangkannya.

Sumber: Twitter @ciraplaici

Secara tiba-tiba, komunikasi kedua-dua pengguna jalan raya itu bertukar arah dengan bertanya tentang kawasan tempat tinggal masing-masing.

Pemandu yang menjelaskan dirinya merupakan golongan berbangsa Cina mualaf menegur penunggang motosikal itu untuk tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Tak apa, aku Cina masuk Islam. Tapi, janganlah buat macam itu. Boleh lintas, tapi tengoklah kereta dahulu.

Pemandu kereta.

Perbualan mereka berdurasi kira-kira dua minit itu diakhiri dengan permohonan maaf dari penunggang motosikal dan ucapan salam.


Netizen Terhibur Lihat Situasi Tegang Yang Berlaku Diakhiri Dengan Cara Yang Jarang Dilihat

Kebiasaannya, situasi yang hampir menyebabkan kemalangan jalan raya akan menimbulkan keadaan tegang antara pihak yang terlibat dan boleh membawa kepada pergaduhan.

Namun, lain pula pengakhiran situasi yang berlaku di atas sehingga menyebabkan ramai netizen terhibur melihat reaksi penunggang motosikal dan pemandu kereta tersebut.

Ramai yang tidak menjangkakan penunggang motosikal itu akan memberi ucapan salam terlebih dahulu sebelum dirinya dimarahi pemandu kereta.

Walaupun rakaman video daripada dashcam itu berdurasi dua minit, tetapi emosi mereka ibarat ‘roller coaster’ kerana dimulakan dengan intonasi marah dan diakhiri dengan nada lembut.

Kalau anda lihat video tersebut, dengar seperti mereka mahu bertumbuk tetapi berbaik pula di hujung-hujung perbualan.

Siap ada adegan memujuk anak kecil yang sedang menangis ya. Macam-macam hal!


Apa Perlu Buat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya?

Kalau situasi ini berlaku kepada anda, kekal tenang dan berbincang dengan pihak yang terlibat bagi menyelesaikan masalah.

Jika kemalangan berlaku disebabkan kesalahan yang dilakukan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

  1. Hubungi trak tunda yang berdaftar di bawah syarikat insurans kereta.
  2. Buat laporan di balai polis trafik.
  3. Daftarkan kereta di bengkel.
  4. Hantar dokumen penting ke bengkel untuk proses tuntutan.
  5. Tunggu keputusan daripada ‘adjuster’.
  6. Tunggu kereta siap dibaiki.
  7. Hantar dokumen dan tunggu pengesahan jika ‘total loss’.

Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan? Wanita Kongsi Pengalaman Tuntut Pampasan Kerugian Atau ‘Loss Of Use’

Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

Sumber: Twitter @ciraplaici


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd