Now Reading
Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

Antara perkara penting yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan adalah membuat laporan polis dan menghubungi syarikat insurans kereta.

perkara perlu dibuat jika kemalangan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja jika kita sebagai pemandu tidak berwaspada serta peka dengan keadaan sekeliling.

Kadang-kadang kita dah cuba sehabis baik untuk menjadi pemandu berhemah, tetapi masih juga terlibat dengan kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pemandu lain.

Kalau boleh kita semua nak elak daripada terlibat dalam kemalangan kerana ianya boleh meragut nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

BACA JUGA: [Video] Ibu Sergah Pemandu Myvi Cuai Didakwa Guna ‘Waze’, Jadi Punca Kemalangan Di Terowong Penchala

7 perkara penting yang anda perlu buat jika terlibat dalam kemalangan jalan raya

Apabila terlibat dalam kemalangan, ramai yang akan panik dan terpinga-pinga dengan perkara yang perlu dilakukan terutamanya jika ianya insiden pertama dalam seumur hidup.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, seorang pengguna Twitter (@syahrul_asyraf) berkongsi beberapa perkara penting yang perlu dilakukan selepas terlibat dalam kemalangan.

Antaranya:

1. Hubungi trak tunda yang berdaftar di bawah syarikat insurans kereta

Sumber: LemonBin Vehicle Guide

Bila berlakunya kemalangan, akan ada lori tunda yang datang secara tiba-tiba untuk membawa kereta anda ke bengkel.

Tetapi, anda dinasihatkan untuk tidak terburu-buru bersetuju dengan pihak mereka serta terus menandatangani sebarang dokumen yang diberikan oleh syarikat lori tunda tersebut.

Berkemungkinan kereta anda tidak dibawa ke bengkel yang didaftarkan. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah terus menghubungi lori tunda yang didaftarkan di bawah syarikat insurans kereta.

2. Buat laporan di balai polis trafik

Sumber: Foursquare

Laporan polis adalah perkara paling penting yang perlu ada sekiranya anda ingin membuat tuntutan (claim) selepas terlibat dalam sebarang kemalangan.

Dalam proses ini, pihak polis akan mengambil gambar dan keterangan berhubung kemalangan yang berlaku. Jangan lupa untuk cetak salinan laporan polis bagi memudahkan urusan tuntutan dari syarikat insurans.

Untuk kes kemalangan, buat laporan di balai polis trafik ya. Bukan di balai polis biasa bagi membuat laporan kejadian jenayah.

NOTA: Kalau anda mengalami sebarang kecederaan ketika kemalangan, segera pergi ke klinik atau hospital terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

3. Daftarkan kereta di bengkel

Sumber: Soya Cincau

Selesai dengan laporan polis, anda boleh terus ke bengkel untuk mendaftarkan kenderaan bagi proses pemeriksaan.

4. Hantar dokumen penting ke bengkel untuk proses tuntutan

Sumber: Bjak

Kebiasaannya, wakil bengkel kereta akan meminta anda beberapa jenis dokumen untuk membantu proses tuntutan dihantar ke pihak insurans bagi membaiki kerosakan kereta. Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:

  • Salinan lesen memandu
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan laporan polis
  • Gambar (jika ada)

Proses ini mengambil masa kira-kira tiga hari bekerja sebelum permohonan diluluskan.

5. Tunggu keputusan daripada ‘adjuster’

Sumber: Carsome

Selepas permohonan diluluskan, pihak insurans akan menugaskan seorang ‘adjuster’ untuk memantau keadaan kenderaan anda sama ada masih boleh dibaiki atau sudah tidak dapat diselamatkan (total loss).

Tugas seorang adjuster ini adalah untuk menyiasat dan menilai kerugian serta pampasan kemalangan sebelum membuat boleh membuat keputusan seterusnya.

6. Tunggu kereta siap dibaiki

Sumber: Mekanika

Sekiranya adjuster memaklumkan kenderaaan anda masih boleh diselamatkan, jadi tunggu sahaja dalam beberapa tempoh sebelum siap diperbaiki.

7. Hantar dokumen dan tunggu pengesahan jika ‘total loss’

Sumber: Mekanika

Namun sekiranya hasil penilaian adjuster mendapati kenderaan anda tidak dapat diselamatkan dan disahkan ‘total loss’, beberapa dokumen perlu diserahkan kepada pihak insurans untuk proses tuntutan seperti:

  • Geran kereta original
  • Kunci kereta original
  • Surat bank
  • Salinan lesen memandu
  • Surat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Akhir sekali, tunggu kelulusan daripada syarikat insurans sebelum anda mendapat wang pampasan kemalangan.


Walaupun proses ini boleh jadi agak leceh, tak apa buat perlahan-lahan dan pastikan segala dokumen dilengkapkan dengan betul.

Setiap syarikat takaful menawarkan servis yang berbeza. Jadi pastikan anda membaca secara menyeluruh dari A to Z isi kandungan polisi sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

BACA JUGA: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd