Now Reading
Anggota Polis Dilanggar Lari Oleh Sebuah Proton Saga Di Lebuhraya Persekutuan

Anggota Polis Dilanggar Lari Oleh Sebuah Proton Saga Di Lebuhraya Persekutuan

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas bermula daripada Petronas Lebuhraya Persekutuan dari arah Subang Jaya sehingga ke lokasi kemalangan.

polis kemalangan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (3 April) kira-kira jam 4:19 petang, seorang anggota polis cedera selepas dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan berhampiran dengan Mentari Court.

Menurut laporan, mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera di bahagian kaki dan masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur serta dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta Proton Saga.

Siasatan mendapati, kereta dari arah Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur bergesel dengan motosikal ditunggang anggota terbabit. Selepas kemalangan, pemandu kereta itu disyaki melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Pihak polis juga sedang giat mencari pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu untuk membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 atau 03-79662222.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd