Now Reading
Tak Sampai 6 Jam, Kereta Nissan GTR 35 Milik Pengasas Muiz Chicken Remuk Dalam Kemalangan

Tak Sampai 6 Jam, Kereta Nissan GTR 35 Milik Pengasas Muiz Chicken Remuk Dalam Kemalangan

Pengasas Muiz Chicken, Muhammad Muizzuiddin Remlee sempat bergambar dengan kereta idamannya Nissan GTR R35 sebelum terlibat dalam kemalangan di Pahang ketika perjalanan ke Muar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Apabila dapat membeli sesuatu yang sudah lama diimpikan, mesti kita akan teruja ketika pertama kali melihatnya.

Baru-baru ini, pengasas perniagaan ayam goreng Muiz Chicken iaitu Muhammad Muizzuiddin Remlee meluahkan rasa gembira menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya (@abg.muiz) selepas berjaya membeli sebuah kereta sport idamannya iaitu Nissan GTR R35.

Tarikh 7 Julai 2023 merupakan hari istimewa buatnya kerana usaha keras dalam berniaga akhirnya membolehkan dia mendapatkan kereta impiannya.

Dia dan isteri juga sempat bergambar dengan kereta berwarna putih itu ketika diambil dari kilang. Ibarat ‘fresh from the oven’!

https://www.tiktok.com/@abg.muiz/video/7253719243521330434

Pengasas Muiz Chicken Terlibat Dalam Kemalangan Selepas 6 Jam Kereta Nissan GTR R35 Keluar Dari Kilang

Dalam video lain yang dimuat naik, Muiz menceritakan dia terlibat dalam kemalangan di Pahang semasa dalam perjalanan ke Muar, Johor dengan memandu kereta Nissan GTR R35 tersebut.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku enam jam selepas kereta berkenaan baru sahaja diambil dari kilang pada hari yang sama.

Tapi semua tu Allah pinjamkan sekejap je untuk saya. Malam tu on the way balik ke Muar, kami kemalangan.

Pengasas Muiz Chicken, Muhammad Muizzuiddin Remlee.

Muiz meluahkan rasa syukur kerana dirinya dan isteri tidak mengalami kecederaan teruk tetapi beberapa bahagian kereta sudah remuk.

Saya tahu ini adalah harta dunia yang sementara. Harta yang paling bernilai adalah nyawa dan isteri saya. Harta dunia boleh dicari, tetapi nyawa tiada ganti.

Pengasas Muiz Chicken, Muhammad Muizzuiddin Remlee.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 395,700 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@abg.muiz/video/7253746185813445889

Netizen Doakan Pengasas Muiz Chicken Tabah Hadapi Dugaan

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang mendoakan agar pengasas Muiz Chicken itu tabah menghadapi dugaan yang dihadapi dan dipermudahkan segala urusan.

Mungkin ada hikmah yang Allah SWT mahu tunjukkan kepada mereka.

Netizen juga bersetuju dengan kata-kata Muiz bahawa nyawa dan ahli keluarga adalah harta yang paling bernilai di dunia.


Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Pertama Kali Terlibat Dalam Kemalangan?

Kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan keadaan yang licin atau sikap pemandu yang tidak berhati-hati.

Apabila terlibat dalam kemalangan, ramai yang akan panik dan terpinga-pinga dengan perkara yang perlu dilakukan terutamanya jika ianya insiden pertama dalam seumur hidup.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, jom kami kongsikan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan selepas terlibat dalam kemalangan.

  1. Hubungi trak tunda yang berdaftar di bawah syarikat insurans kereta.
  2. Buat laporan di balai polis trafik.
  3. Daftarkan kereta di bengkel.
  4. Hantar dokumen penting ke bengkel untuk proses tuntutan.
  5. Tunggu keputusan daripada ‘adjuster’.
  6. Tunggu kereta siap dibaiki.
  7. Hantar dokumen dan tunggu pengesahan jika ‘total loss’.

BACA JUGA: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

BACA JUGA: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd